Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Dilanggar Lori...

TAIPING -- Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kecederaan pada bahagian kepala selain patah...

KPLB Perlu Kreatif Dalam...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menggunakan kaedah lebih kreatif...

Netizen Pelik Menteri Bantah...

KUALA LUMPUR – Warga maya hairan apabila ada dalam kalangan menteri Kabinet menyuarakan...

DAP Kutuk PAS Mahu...

IBARAT langsung tidak beri muka... pemimpin de facto Pakatan Harapan, Lim Guan Eng...

Yuran Pengajian Dan Asrama IPTA Kekal

KANGAR – Yuran pengajian dan penginapan di semua 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini tidak akan dinaikkan sewenang-wenangnya sejurus selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) esok.

Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor (JKNC/R) IPTA, Brig Jen Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata penyebaran maklumat tentang kenaikan yuran pengajian dan penginapan adalah tidak benar dan hanya untuk mewujudkan situasi panik dalam kalangan mahasiswa.

JKNCR/R juga menyelar laporan yang dibuat oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berhubung isu kenaikan yuran pengajian dan penginapan seperti yang disiarkan oleh portal berita Harakah Daily.

“Saya menyeru semua mahasiswa agar tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih seperti ini sebaliknya perlu merujuk kepada pejabat hal ehwal pelajar dan kewangan universiti masing-masing terlebih dahulu.

Tindakan PKPIM yang secara melulu mengeluarkan kenyataan juga amatlah dikesali memandangkan mereka mempunyai pelbagai saluran di universiti untuk menyalurkan permasalahan masing-masing,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Harakah Daily semalam dalam laporannya menyatakan PKPIM menerima aduan daripada mahasiswa yang telah menerima notis berhubung kenaikan yuran pengajian, yuran asrama dan lain-lain yuran yang berkaitan yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup.

Menurut Kamarudin, kenaikan kos yuran berkenaan juga adalah tidak lojik memandangkan pelajar telah berada di pertengahan semester yang mana yuran pengajian dan penginapan telah ditolak daripada pinjaman atau biasiswa pelajar.


Beliau berkata kerajaan telah menyatakan dengan jelas bahawa semua program akademik yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta kesemua perkara yang terbabit secara langsung dengan aktiviti pengajaran pembelajaran tidak akan dikenakan GST.

Bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat beberapa yuran pengajian dan penginapan yang berkonsepkan penjanaan kewangan universiti akan mengalami peningkatan bagi menampung kos operasi.

“Memandangkan hampir kesemua program akademik yang ditawarkan di universiti diiktiraf MQA, maka CBP tidak akan dikenakan ke atas yuran, serta perkara lain yang berkenaan secara langsung dengan penawaran program-program ini.

“Sebagai contoh, program pengajian berstatus eksekutif khususnya yang ditawarkan kepada pelajar pasca siswazah terpaksa dinaikkan memandangkan penawaran kursus tersebut adalah bermotifkan keuntungan, manakala bagi yuran penginapan pula, sewaan penginapan di luar semester pengajian terutama daripada pihak luar akan turut dikenakan GST,” kata beliau.

Katanya bagi pelajar yang masih tinggal di asrama pada sesi cuti semester bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran akan membayar harga yang sama seperti kebiasaannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori