Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aidiladha: Pemeriksaan Rumah Ke...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumumkan sama ada akan membuat...

‘Tabligh’ Wanita Dikesan Aktif...

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan terdapat...

Gempa Bumi Tasik Kenyir...

PUTRAJAYA  - Gempa bumi lemah bermagnitud hanya 2.7 pada skala Richter yang dikesan...

KKM Kaji Kapsul Sari...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian untuk menghasilkan kapsul...

Yeo Poh Dilantik Pengerusi Suruhanjaya Siasatan

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini melantik bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia Datuk Yeo Yang Poh sebagai Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Pulau Pinang mengenai kejadian tanah runtuh yang meragut 11 nyawa di tapak pembinaan Tanjung Bungah pada Sabtu lepas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) meluluskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Pulau Pinang untuk menentukan punca kegagalan cerun pembinaan sementara di Tanjung Bungah.

Beliau berkata ahli akademik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Prof Dr Ramli Nasir dan jurutera Datuk Dr Gue See Saw akan menganggotai suruhanjaya siasatan itu.

“Antara bidang tugas suruhanjaya ini ialah menentukan punca kegagalan cerun pembinaan sementara di tapak pembinaan, mengenal pasti pihak yang harus bertanggungjawab terhadap kegagalan cerun pembinaan sementara dan mengemuka dan mengesyorkan tindakan sesuai termasuk tindakan undang-undang kepada pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Lim berkata pihak pemaju akan menyelesaikan isu yang dihadapi pembeli projek rumah mampu milik itu.

Sementara itu, pemaju projek itu, Taman Sri Bunga Sdn Bhd, berkata kumpulan itu sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh bersama-sama dengan pasukan perundingnya serta melantik Arup Jururunding Sdn Bhd untuk melakukan penilaian bebas mengenai punca tanah runtuh itu.


“Pasukan kami sedang melakukan pemeriksaan menyeluruh bagi mencadangkan langkah-langkah keselamatan jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan insiden serupa tidak berulang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ia berkata kumpulan itu sentiasa mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan berhubung pembangunan itu dan akan terus mematuhinya sementara menunggu hasil siasatan itu.

“Kami berharap semua pihak dapat memberi ruang untuk membolehkan siasatan itu dijalankan dan tidak membuat spekulasi mengenai kejadian malang itu sementara menunggu hasil siasatannya,” katanya. – BERNAMA

Kategori