Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cadang Buka Semula Inkues...

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim telah dirujuk semula ke...

Cuaca Buruk Hampir Seluruh...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hampir...

Pertandingan Selfie Dengan Orang...

MOSCOW – Gila dan sakit otak. Itu gambaran bagi sekumpulan komuniti dalam talian...

Roti Canai Malaysia Popular...

NEW YORK - Kelembutan dan kerangupan roti canai yang dibawa khas dari Malaysia...

Yang Di-Pertuan Agong Bangga Kejayaan UiTM

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melahirkan rasa bangga baginda terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila universiti itu terpilih menjadi penganjur bersama dalam Simposium Ekonomi Global (GES) baru-baru ini.

Tuanku Abdul Halim bertitah pengiktirafan kerajaan Malaysia kepada UiTM untuk berkolaborasi dengan negara Jerman menganjurkan simposium ekonomi utama dunia pada Sept lepas, bukan sahaja menaikkan imej UiTM bahkan meletakkan universiti tersebut di peta dunia.

“Beta yakin UiTM mampu membina masa depan yang lebih gemilang dengan penghormatan yang diberikan kepada UiTM baru-baru ini apabila menjadi penganjur bersama Simposium Ekonomi Global (GES).

“Ia mengiktiraf UiTM dalam menganjurkan acara antarabangsa. Tahniah UiTM,” titah Seri Paduka pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-81, di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) di kampus induk UiTM di sini, hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Seri Paduka bertitah baginda mahu seluruh warga UiTM meneruskan usaha membawa universiti itu di barisan hadapan dalam meniti arus pemodenan global pendidikan pada masa kini.

Baginda turut bertitah graduan UiTM perlu manfaatkan ruang dan peluang yang telah diberikan agar dapat mencipta kejayaan pada masa hadapan.

“Sebagai Canselor, beta amat berbangga dengan pencapaian UiTM. Beta difahamkan pada tahun ini UiTM tersenarai di kedudukan 651 hingga 700 oleh badan penilai dunia (QS Ranking International) dan di kedudukan 601 hingga 650 oleh Times Higher Education World University Ranking.


“Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa lonjakan kejayaan UiTM dalam memastikan kembara akademik UiTM adalah setanding dengan universiti terkemuka lain di dunia,” titah baginda.

Sementara itu, penerima pingat Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor kerana memperoleh pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, Muhammad Azril Izuan Ramlan, menyifatkan anugerah itu istimewa dan sebagai hadiah kepada keluarga serta tenaga pengajarnya.

Anak kelahiran Rawang, Selangor yang berusia 24 tahun itu berkata minat terhadap jurusan Komunikasi Massa turut membantunya untuk cemerlang dalam akademik.

“Saya memang minat bidang Komunikasi ini, kerana minat ia agak mudah untuk saya mempelajari segala subjek yang diajar oleh tenaga pengajar.

“Atas sebab itu, saya menerima tawaran bekerja di Plus Malaysia Berhad (Plus) sebagai Eksekutif Komunikasi Strategik selepas selesai menjalani latihan amali di syarikat itu Sept tahun lepas,” katanya yang telah setahun bekerja di
Plus.

Sebanyak 31,532 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen UiTM kali ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori