Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tunaikan Janji Lama Sebelum...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengingatkan anggota barisan Kabinetnya...

Lakar Sejarah, Wanita Termuda...

SEORANG remaja perempuan yang baru berusia 16 tahun telah mencipta sejarah apabila berjaya...

Fiza Elite Dibuli Pemandu...

PEMBULI jalan raya memang ramai di kalangan kita, ada yang sengaja menjadi pembuli...

Idris Terima Kunjungan Hormat...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menerima kunjungan rakan sejawatannya...

Xiaomi Mi 6 Diperkenalkan Hari Ini

JENAMA peranti pintar yang popular dengan penawaran peranti pada harga rendah, Xiaomi, hari ini memperkenalkan telefon pintar terbaharu daripada mereka, iaitu Xiaomi Mi 6.

Dengan saiz 5.15 inci, Mi 6 datang bersama bateri 3350mAh dan menariknya ia peranti pertama Xiaomi yang dilengkapi CPU nipis 10nm Qualcomm Snapdragon 835 (octa core, 2.45GHz).

Sebagai maklumat, cip pemprosesan Snapdragon 835 ini hanya digunakan oleh Samsung sahaja di dalam produk flagship mereka, sementara pengeluar lain seperti Sony telah mengumumkan akan menggunakannya tetapi sehingga kini masih belum memasarkan.

Mi 6 dikatakan memberi fokus kepada pembangunan kamera dengan ciri penstabil imej optikal (OIS) 4-axis bagi mengurangkan kesan gegeran pada foto dan video.

Pengguna fungsi baru Mi 6 iaitu mod ‘eye care’ akan mengurangkan kadar warna biru di paparan skrin di mana ia sangat berbeza dengan penawaran peranti jenama lain.

Melalui penggunaan cip Snapdragon 835 dan penggunaan 6GB Ram, Xiaomi mengatakan ia merupakan salah satu telefon pintar paling berkuasa di pasaran.


Hadir dengan storan 64GB atau 128GB, Mi 6 juga menggunakan sambungan jenis USB Type-C, menjadikan ia boleh melakukan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 hasil penggunaan cip Snapdragon 835.

Tarikh jualannya di Malaysia masih belum ditentukan namun ia berkemungkinan ditawarkan pada harga RMB2499, iaitu sekitar RM1599 untuk versi 6GB RAM, sementara variasi dengan storan 128GB pula hadir pada harga RMB 2899, iaitu sekitar RM1855.

Mi 6 dikatakan merupakan telefon flagship paling baik pernah dikeluarkan oleh syarikat ini dan ianya adalah hasil pengalaman 7 tahun Xiaomi di dalam industri telefon pintar. – MYNEWSHUB.CC

Kategori