Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tertidur Ketika Kunyah Kinder...

MALANG memang tak berbau. Akibat terlelap ketika sedang mengunyah coklat, seorang wanita menemui ajalnya...

SMK Sulaiman Tutup Seminggu,...

BENTONG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman di sini ditutup seminggu susulan penularan wabak...

3 Negara Jalin Kerjasama...

COTABATO CITY - Malaysia, Filipina dan Indonesia akan menjalin kerjasama ketenteraan berdasarkan Perjanjian...

Ditawarkan 4 Kerusi: PAS...

PAS tidak dapat menerima tawaran empat kerusi daripada BN untuk mereka bertanding dalam...

Wujudkan Badan Penasihat Agong, Majlis Raja-Raja

PUTRAJAYA – Sebuah badan pengurusan struktur perlu diwujudkan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, yang terdiri daripada pakar-pakar dalam hal ehwal agama Islam dan sosioekonomi semasa.

Cadangan itu dilontarkan Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah Majlis Dakwah Negara (PPPU-MDN) Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman memandangkan ketika ini tiada badan penasihat khusus untuk kedua-dua institusi yang menjadi tunjang negara itu.

“Perlu ada badan yang boleh menasihat Raja-raja supaya Raja-raja boleh menjalankan kuasa yang ada dengan sempurna,” katanya pada sesi dialog sempena Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sini hari ini.

Di peringkat negeri pula, Abdul Aziz berkata fungsi majlis agama juga perlu dibahagikan kepada dua, iaitu hal ehwal keagamaan dan hal ehwal sosioekonomi orang Islam.
Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankannya, peranan Raja sebagai ketua agama Islam negeri terbahagi kepada dua perkara berkenaan dan bukan hanya tertumpu kepada soal agama sahaja.

“Malangnya ketika ini skop tugas itu tertumpu kepada agama sahaja, jadi saya cadangkan fungsi majlis agama dibahagikan kepada dua iaitu hal ehwal keagamaan dan hal ehwal sosioekonomi orang Islam,” kata Abdul Aziz.

Sementara itu, dalam kertas prosiding bertajuk Perlembagaan Malaysia: Peranan dan Bidang Kuasa Raja-raja, beliau berkata kuasa dan peranan tertinggi yang dipegang oleh Raja-raja sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri serta perundangan negara, tidak difahami oleh rakyat.


“Tentang apakah peranan dan kuasa Raja-raja sebahagian besar daripada orang ramai tidak tahu.

“Adalah juga jelas bahawa oleh kerana tidak banyak aktiviti melibatkan kegunaan kuasa Raja-raja, orang ramai tidak berkesempatan memerhati dan mengambil berat dalam hal ini,” katanya.

Oleh itu, Abdul Aziz berkata keadaan ini perlu diubah dengan tegas dan segera bagi mengembalikan kegemilangan dan kesempurnaan hasrat Raja-raja memandangkan negara sudah mencapai kemerdekaan selama hampir 60 tahun. – BERNAMA

Kategori