Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Izzue Enggan Bersentuhan Aktres...

ANAK jati kelahiran Kelantan Izzue Islam atau nama sebenar beliau Muhammad Izzul Islam...

Pengguna Terkejut Terima Bil...

BAGAIKAN harga sebuah kereta Proton Saga baharu, itu situasi malang yang dihadapi oleh seorang pemuda...

Syamsul Debat Mudah Didampingi...

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Syamsul...

Shila ‘Hadiahkan’ Single Mandarin...

SIAPA yang tidak kenal dengan penyanyi popular Shila Amzah yang telah berjaya menempa...

Wujud Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi menjaga hal ehwal kebajikan profesional kesihatan, kata Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, perkara berkenaan pernah dibincangkan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengeluarkan pengamal perubatan daripada tangga gaji penjawat awam dan mewujudkan satu suruhanjaya seperti pasukan polis dan tentera tetapi tidak mendapat sokongan dan kelulusan daripada kerajaan.

Beliau berkata dengan adanya badan itu, ia akan mempunyai skim perjawatan tersendiri serta berupaya menambah baik gaji anggota skim perkhidmatan kesihatan termasuk doktor berbanding kini yang mana perjawatan mereka tertakluk di bawah JPA.

“Kita sentiasa berusaha dari semasa ke semasa bagi memastikan skim perjawatan warga kementerian terbela sejajar menjamin kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat,” katanya mengulas cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, agar skim dan struktur gaji profesional kesihatan disemak semula bagi mengelak masalah kehilangan tenaga mahir ke luar negara.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan Aplikasi Malaysia Diagnosis Related Groups (MalaysianDRG) Versi Kedua di Institut Kanser Negara di sini hari ini, Dr Subramaniam berkata kementerian berharap semakan itu dapat dilaksanakan berikutan saranan Ahmad Zahid itu.


Mengenai MalaysianDRG, Dr Subramaniam berkata ia adalah aplikasi pangkalan data yang merangkumi maklumat pengurusan kesihatan termasuk aspek kos rawatan dibangunkan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan melalui Sistem Casemix bagi membolehkan pihaknya melakukan penambahbaikan dan menyemak kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

“Setiap tahun, rakyat Malaysia terus mendapat perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi yang mampu dimiliki dan disubsidi oleh kerajaan. Namun, kementerian perlu membangunkan kaedah untuk mengira kos sebenar perkhidmatan yang diberikan bagi menambahbaik tadbir urus klinikal selaras dengan program transformasi kesihatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori