Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pekan Linggi Dilanda Banjir...

SEREMBAN: Pekan Linggi yang kali terakhir dilanda banjir buruk lima dekad lepas kembali...

Mahu Masyarakat M’sia-Thai Di...

SATUN, (Selatan Thailand) - Masyarakat Thailand dan Malaysia di sempadan kedua-dua negara diminta...

Ringgit Teruskan Aliran Menurun

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi...

Guru Kafa, Pintar Al-Quran...

KUALA NERUS - Sebanyak 3,946 guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA), Pintar Al-Quran...

Wujud Sukarelawan Cakna Pantau Keselamatan Budak

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran mewujudkan pasukan sukarelawan cakna di kawasan perumahan bagi memantau isu keselamatan dan perlindungan kanak-kanak.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata langkah itu boleh menjurus kepada perubahan sikap masyarakat agar menjadi lebih prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka, sekali gus membantu mencegah kes penderaan kanak-kanak.

“Cadangan ini akan diusulkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pertimbangan mereka,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pasukan sukarelawan terlibat boleh bertindak melaporkan segera sebarang insiden yang berlaku di kawasan mereka untuk perharian dan tindakan pihak berkuasa.

Selain itu, beliau menyarankan penguatkuasaan mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di semua pusat jagaan kanak-kanak bagi memudahkan pemantauan bagi mengesan sebarang kes kecuaian dan penderaan terhadap kanak-kanak di premis mereka.


“Pengusaha taska atau pusat asuhan kanak-kanak perlu diwajibkan memasang CCTV bagi memudahkan ibu bapa memantau keselamatan anak-anak yang ditinggalkan bawah pengawasan pengasuh sepanjang mereka bekerja,” katanya. – BERNAMA

Kategori