Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malu ‘Kantoi’ Berlakon Digari,...

KUALA LUMPUR - Pakar propaganda pembangkang, Rafizi Ramli 'bengang' apabila tindakannya meletakkan tangan ke...

Tak Yakin Mahathir, Pelabur...

PANIK... Pelabur asing yang masih terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14...

Lawak.. CEO Iklankan Jawatan...

TERBAHAK-BAHAK ketawa jadinya membaca satu ruangan jawatan kosong dalam sebuah akhbar tempatan.Mana tidaknya,...

Agong, Permaisuri Ucap Selamat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Wisel Hello Kitty McD Bahaya

NEW YORK – Pengurusan restoran makanan segera terkenal McDonald’s semalam terpaksa memanggil balik lebih sejuta wisel kecil yang diselitkan bersama-sama dengan permainan anak patung Hello Kitty selepas didapati boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

Dalam satu kenyataan media McDonald’s berkata, alat tiupan diperbuat daripada plastik itu bagaimanapun hanya ditawarkan di ribuan restoran McDonald’s di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, serta tidak melibatkan premis di negara-negara lain di serata dunia.

“McDonald’s telah menerima dua laporan daripada ibu bapa yang menceritakan anak-anak mereka tercekik sebelum terbatuk mengeluarkan wisel itu baru-baru ini. Kami berasa kesal dan memohon maaf yang amat sangat terhadap mereka,” kata kenyataan tersebut.

Wisel itu diletakkan sekali dengan patung Hello Kitty menerusi hadiah Birthday Lollipop Toy untuk pelanggan kanak-kanak yang membeli menu Happy Meals sempena ulang tahun ke-40 watak karakter terkenal Jepun tersebut dari 31 Oktober sehingga 25 November.


Hello Kitty yang dicipta Yuko Shimizu, mula diterbitkan firma komik Sanrio di Jepun pada 1 November 1974 dan ia bukan anak kucing seperti disangka kebanyakan orang tetapi watak imaginasi budak perempuan Inggeris bernama Kitty White menetap di London.

Pihak McDonald’s berkata, setakat ini hanya 1.6 juta wisel terbabit berjaya ditarik balik di dua negara tersebut, manakala baki 900,000 unit patung Hello Kitty itu pula didapati tidak disertakan bersama-sama dengan wisel. – Agensi

Hello Kitty mula diterbitkan pada 1 November 1974 dicipta oleh artis Jepun, Yuko Shimizu. – Gambar hiasan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori