Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zara Zya Akui Jalin...

PELAKON drama Love You Mr. Arrogant, Zara Zya mengakui kini sedang menjalinkan hubungan...

MoU Adalah Tawaran Baharu

KUALA LUMPUR - Kerjasama yang dimeterai dalam memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan...

Haron Din Istiqamah Dengan...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa Allahyarham...

APMM Selamatkan 11 Pelancong...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu berjaya menyelamatkan 11...

Waspada Budaya Pemberian Hadiah – Razali

MELAKA – Orang ramai terutama penjawat awam perlu sentiasa berwaspada terhadap budaya pemberian hadiah supaya ia tidak menjurus ke arah pembaziran atau mendorong perbuatan jenayah seperti rasuah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Malah, beliau berkata mereka diminta supaya tidak menerima sebarang pemberian bagi mengelakkan terjadinya amalan rasuah yang menjejaskan kelicinan perjalanan jentera pentadbiran sesebuah negara.

Katanya tindakan itu perlu dilaksanakan sebagai inisiatif terhadap usaha kerajaan membendung rasuah menerusi kawalan dalaman organisasi serta mewujudkan pelan tindakan pencegahan.

“Syarikat seperti Petronas telah mengambil inisiatif dengan tidak memberikan (atau menerima) hadiah. Langkah ini dilihat menjimatkan kerana mengelakkan pembaziran selain secara tidak langsung kita mampu mengurangkan amalan perlakuan rasuah,” katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Ke-14 Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) di Dewan Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh di sini hari ini.

Pada majlis itu sejumlah 848 graduan KAYM menerima skrol graduasi masing-masing dengan 211 daripadanya menerima Sijil Kemahiran Malaysia, tiga menerima ijazah sarjana muda daripada program Universiti Utara Malaysia dan selebihnya diploma.


Dalam pada itu, Razali berkata masyarakat di negara ini diminta tidak terus mempercayai persepsi negatif sengaja ditimbulkan pihak tertentu terhadap kerajaan, tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu.

Beliau berkata pihak tersebut, yang dipengaruhi orang luar, cuba melaga-lagakan masyarakat di negara ini dan memberikan implikasi negatif terhadap pentadbiran, ekonomi serta politik negara.

“Apa yang perlu dilakukan adalah kita beri ilmu pendidikan secara berterusan kepada orang ramai kerana saya yakin majoriti daripada rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang perlu mereka laksanakan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori