Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sebak Lihat Anak Lemas...

PEKAN - “Ketika melihat anak tergelincir ke dalam longkang batu dan mula terkapai-kapai,...

Salleh Lancar Kelab Sahabat...

KOTA KINABALU - Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini...

Mayat 2 Lelaki Orang...

IPOH - Mayat dua lelaki Orang Asli yang lemas ketika menjala ikan di...

Pekerja Limbungan Jatuh Sungai,...

SIBU - Seorang pekerja limbungan kapal di Estet Perindustrian Sungai Antu di sini...

Warga WP Disaran Kibar Bendera Sempena Hari Wilayah

PUTRAJAYA – Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran supaya mengibar bendera Wilayah Persekutuan bagi menyemarakkan semangat cintakan Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah pada 1 Februari.

“Saya berharap semua warga di Wilayah Persekutuan mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan di bangunan kerajaan, rumah kediaman, bangunan komersial jalan protokol serta tiang lampu di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi menyemarakkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

“Kita harus mencontohi negara jiran Indonesia di mana rakyatnya mengibarkan bendera sempena ulang tahun kemerdekaan Indonesia bagi menunjukkan semangat cintakan negara. Semangat ini patut disemai di kalangan rakyat Malaysia,” kata Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada pemberita selepas menghadiri Program Langkah Ceria @ Putrajaya di Dataran Putrajaya, Presint 3 di sini, hari ini.

Beliau berkata, ‘Wilayahku Ceria’ adalah tema sambutan tahun ini yang berasaskan kepada rasa kekitaan, yang juga mengetengahkan elemen perpaduan bagi memupuk semangat toleransi serta mengaspirasikan Wilayah Persekutuan sebagai kejiranan komuniti yang ceria, bersih dan indah.

Tengku Adnan berkata, sambutan kali ini dibuat secara sederhana berikutan langkah penjimatan.


“Kita berharap peruntukan boleh digunakan untuk program lain apabila ada keperluan,” katanya.

Lebih 5,000 orang termasuk pelajar sekolah membanjiri Dataran Putrajaya hari ini bagi memeriahkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Pesekutuan dan Program Langkah Ceria sempena sambutan.

Dua jarak laluan yang bermula dari Dataran Putrajaya disediakan iaitu ‘Langkah Santai’ (sejauh 3 kilometer) dan ‘Langkah Cergas’ (sejauh 5 kilometer) di sekitar Putrajaya.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhshan dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori