Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditembak Kena Rasuk...

MENYERAMKAN...petugas di sebuah hospital terkejut dan ketakutan selepas seorang lelaki yang dibawa ke...

BN Tidak Ada Selera...

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin PAS yang menyertai Pakatan Harapan sebenarnya bernafsu untuk...

Pesawat Trigana Air Hilang...

JAKARTA - Sebuah pesawat komersial Trigana Air yang membawa 54 penumpang termasuk lima...

Hamid Sultan Digantung Tugas...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Etika Hakim (JEC) pada Khamis memutuskan untuk menggantung tugas...

Warga Polis Perlu Lulus ‘PARE Test’ Untuk Naik Pangkat

ALOR SETAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewajibkan kelulusan Ujian Penilalian Keperluan Kebolehan Fizikal (PARE Test) mulai tahun depan sebagai salah satu syarat bagi pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan PDRM.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata lanjutan daripada program ‘Trim & Fit’ yang dilaksanakan sebelum ini, ujian PARE adalah wajib bagi menentukan tahap kesihatan, kecergasan dan berat badan ideal bagi semua pegawai dan anggota.

“Syarat utama bagi kenaikan pangkat adalah perlu melepasi ujian ‘Pare Test’ yang akan diguna pakai bagi menggantikan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK).” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Ini dapat memastikan pegawai dan anggota polis sentiasa berketerampilan menarik selain mempunyai keupayaan fizikal yang cergas bagi membolehkan tugas-tugas kepolisan dijalankan,” katanya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Kontinjen Kedah kepada tujuh pegawai serta menyampaikan sumbangan kuih raya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.


Katanya, beliau yakin melalui kenaikan pangkat ini, pegawai dan anggota polis akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih bersungguh-sungguh dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara terpelihara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori