Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Lagi Mayat Mangsa...

JOHOR BAHARU - Dua lagi mayat mangsa bot pancung karam ditemukan di perairan...

Warga Emas Kemalangan Kereta...

PETALING JAYA - Sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 70 tahun merempuh masuk...

Nor Azimah Dipercayai Masih...

KEPALA BATAS - Nor Azimah Ibrahim, rakyat Malaysia yang dilapor hilang di Madinah,...

700,000 PKS Dapat Manfaat...

KUALA LUMPUR - Geran Khas PRIHATIN bernilai RM2.1 bilion diperuntukkan bagi semua syarikat...

Warga Myanmar Maut Ditikam Di Dada

KUANTAN – Seorang pekerja warga asing maut dipercayai ditikam di dada di sebuah rumah kongsi di perumahan Bukit Setongkol Baru di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, lelaki warga Myanmar itu dikenali sebagai Kobirahamed Nozirahamed, 17.

Katanya kejadian itu dimaklumkan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai rakan mangsa kepada pihak polis pada jam 3.20 pagi tadi.

“Pihak polis yang ke tempat kejadian menemui mangsa dalam keadaan terlentang dan terdapat kesan tikaman objek tajam di bahagian dada sebelah kanan mangsa,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan di lokasi kejadian dan setakat ini juga polis tidak menemui sebarang senjata atau objek yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut.

Abdul Aziz berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Polis kini sedang giat menjejaki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori