Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Ngeri.. Detik Peguam...

DETIK mengerikan melibatkan pembunuhan seorang peguam terkenal di Argentina telah dirakam melalui rakaman litar...

Pelajar Tingkatan Satu Maut,...

ALOR GAJAH : ‘Malang tidak berbau’ selepas kereta jenis Proton Wira dipandu seorang...

Harga Makanan Dunia Cecah...

PARIS: Harga makanan dunia jatuh untuk bulan kesembilan berturut-turut pada bulan Disember walaupun...

UMNO Selangor Ucap Terima...

SHAH ALAM - UMNO Selangor hari ini merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan...

Warga Myanmar Pecah Rumah, Miliki Harta Curi

SEREMBAN – Seorang lelaki warga Myanmar hari ini dihadapkan di dua Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan terlibat jenayah pecah rumah dan menyimpan harta curi.

Asrap Ali, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan melakukan pecah rumah dan dua pertuduhan menyimpan harta curi yang dibacakan dalam bahasa Hindi di mahkamah berasingan.

Tertuduh didakwa melakukan jenayah pecah rumah dan mencuri pelbagai barangan di empat kediaman di Taman Seremban Jaya di sini antara 14 Dis tahun lepas dan 22 Jan lepas dan menyimpan harta curi iaitu jam tangan berjenama, komputer riba, wang tunai dan barang kemas pada 22 dan 23 Jan lepas.

Bagi pertuduhan pecah rumah, dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan pertuduhan menyimpan harta curi mengikut Seksyen 441 kanun sama yang masing-masing membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


Majistret Nurulfitriza Abd Latif dan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman menetapkan 28 Feb untuk sebutan semula kedua-dua kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng dan Sara Afiqah Zulkipli manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori