Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Sah MyEG, Lembaga...

KUALA LUMPUR – MyEG Services Bhd dan Lembaga Pengarahnya tidak disiasat, atau menjadi...

Agong Titah Rakyat Patuhi...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Wanita Bunuh Diri Selepas...

SEORANG wanita yang kecewa kerana ovarinya dibuang semasa pembedahan tanpa pengetahuannya, telah bertindak...

Rabies: Kampung Gawang Empili,...

KUCHING - Kampung Gawang Empili, Simunjan hari ini diisytiharkan sebagai kawasan terbaharu wabak...

Warga India Merusuh Di Nepal Ditembak Mati

KATHMANDU – Polis Nepal semalam menembak mati seorang warga India di pusat pemeriksaan sempadan ketika cuba mengusir penunjuk perasaan yang menyekat kemasukan bekalan minyak dari India.

Nepal berdepan dengan krisis minyak yang teruk sejak lebih sebulan lalu apabila penunjuk perasaan di selatan negara itu yang tidak berpuas hati terhadap perlembagaan baru yang diluluskan Parlimen tidak mengambil kira kepentingan mereka, menghalang kemasukan trak membawa bekalan minyak memasuki negara itu dari India.

Sebahagian besar penduduk Nepal percaya India bertanggungjawab terhadap tunjuk perasaan itu.

New Delhi bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

Kerajaan Nepal kini beralih kepada China untuk mendapatkan bekalan bahan itu.

Penguasa polis di daerah sempadan Birgunj, Raju Babu Shrestha berkata, anggotanya terpaksa melepaskan tembakan selepas penunjuk perasaan melontar bom minyak dan batu ke arah pos polis.


“Seorang penunjuk perasaan warga India, yang menyerang pos polis dengan bom minyak terbunuh selepas anggota kami mula melepaskan tembakan,” kata Shrestha.

Jurucakap Kementerian Luar India Vikas Swarup berkata, negaranya memandang berat keganasan di sempadan itu..

Tunjuk perasaan membantah perlembagaan baru itu bertukar menjadi ganas Ogos lalu hingga menyebabkan 40 kematian apabila penduduk di dataran selatan Nepal membantah tindakan kerajaan membahagi-bahagikan tanah mereka dan memasukkannya ke beberapa negeri persekutuan yang dikuasai masyarakat yang mendiami kawasan pergunungan. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori