Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kelantan Kena Bentang Pelan...

TANAH MERAH - Kerajaan negeri Kelantan disaran membentangkan pelan penggunaan wang royalti petroleum...

FAM Dakwa Kenyataan TMJ...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan kenyataan titah Tunku Ismail Sultan...

Belasah Anjing: Ahli Perniagaan...

PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan warga Singapura yang videonya memukul seekor anjing...

Gempa Bumi Kuat Di...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat, berukuran 6.7 pada skala Richter melanda...

Warga Emas Simbah Air Panas Ke Muka Isteri

MELAKA – Seorang warga emas ditahan kerana menyimbah air panas ke muka isterinya yang enggan keluar membeli serbuk minuman, di sebuah rumah di Bachang di sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di rumah itu bagi membantu siasatan kira-kira pukul 4 petang Isnin.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila peniaga itu yang ingin membancuh minuman mendapati serbuk minuman di rumah mereka telah habis sebelum menyuruh isterinya ke kedai kira-kira pukul 2 pagi Ahad.

“Lelaki tersebut berang apabila isterinya itu enggan ke kedai lalu menyimbahnya dengan air panas,” katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.


Beliau berkata wanita berusia 49 tahun dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan di pondok polis di hospital tersebut kira-kira pukul 6 pagi pada Ahad.

Katanya lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

“Mangsa yang melecur di bahagian pipi kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori