Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Britain, Taiwan Bakal Haram...

SELEPAS ribuan tahun digunakan manusia sejak dicipta masyarakat Sumeria yang membentuk tamadun Mesopotamia...

PR1MA Sasar 250,000 Unit...

KUALA LUMPUR - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyasarkan 250,000 unit rumah mampu milik...

Polis Kenal Pasti Alamat...

BUKIT MERTAJAM - Polis memperoleh alamat lengkap dan terkini tiga daripada tujuh peserta...

“Jangan Panggil Ustaz, Panggil...

Ikuti Telegram Mynewshub di sini KITA boleh setuju dan tidak setuju dengan sesiapa tetapi...

Warga Emas Maut, Motosikal Dirempuh Kereta

MUAR – Seorang lelaki warga emas tidak sempat untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina apabila maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Jalan Bakariah di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata dalam kejadian pada 6.45 pagi itu, mangsa Tee Enn Num, 73, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Kemalangan dipercayai berlaku, ketika mangsa yang menunggang sendirian dari arah Muar menghala ke Jalan Bakariah cuba membelok ke kanan jalan memasuki persimpangan Parit Mohamad Derus.

“Motosikal mangsa kemudiannya dirempuh daripada belakang oleh sebuah kereta sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini.


Menurut Azman, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas bersarapan pagi di bandar ini.

Beliau berkata pemandu kereta Proton Waja yang berusia lingkungan 30-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan polis.

Mayat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori