SEREMBAN – Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori tangki yang pemandunya sedang membayar tol di plaza tol Mambau Lebuhraya Seremban-Port Dickson awal pagi tadi.
Dalam kejadian 2.58 pagi itu, Sa Song Loi, 60, dari Taman Seri Pagi, Senawang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Pegawai Bomba Kanan II dari balai Seremban Dua, Badrotamam Abd Rahim berkata anggota bomba terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
– BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=0k4QMuNLOCw