Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Nafi Harga LPG...

PETALING JAYA - Khabar angin yang mengatakan harga gas petroleum cecair (LPG) akan...

Erra Tertekan Hubungan Baik...

RASANYA peminat hiburan sendiri sudah maklum mengenai hubungan cinta yang terjalin antara Erra...

Mahfuz Umum Sertai PAN,...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Bebas Pokok Sena, Mahfuz Omar hari ini mengumumkan...

Pemuda Wajah Anime Penipu,...

MINGGU lalu, media sosial dikejutkan dengan penularan gambar seorang pemuda berwajah anime yang...

Warga Emas Maut Kereta Dipandu Dihempap Pokok

SEREMBAN – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya dihempap tiang elektrik dan pokok dalam kejadian ribut di Jalan Dato Hamzah berhampiran Tasik Seremban di sini, malam tadi.

Mangsa, Ranandra Chaudhury, 74 yang ditemui tersepit di tempat duduk pemandu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.27 malam dan sebuah jentera dengan lapan anggota digegasksn ke lokasi.

“Apabila bomba tiba di tempat kejadian, kita dapati mangsa tersepit di tempat duduk kerana keretanya dihempap tiang elektrik dan sebatang pokok yang tumbang.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila pokok berkenaan tumbang menghempap tiang elektrik sebelum kedua-duanya terjatuh ke atas kereta mangsa yang melalui jalan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori