Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

3 Pembantu Rumah Nekad...

KAJANG - Tiga pembantu rumah warga Indonesia bertindak nekad melarikan diri dari rumah...

Pertahankan Bahasa Melayu Sebagai...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan terus mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di negara...

Isa, Isteri Lebih 4...

PUTRAJAYA - Tan Sri Isa Samad dan isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd....

5 Lagi Premis Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima lagi premis perniagaan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama)...

Warga Emas Dalang Ditahan Disyaki Seludup PATI

KOTA BHARU – Dua lelaki warga tempatan yang disyaki menjadi dalang menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negeri ini, diberkas anggota Jabatan Imigresen di Pasir Mas semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan Wan Mohammad Saupee Wan Yusoff berkata perbuatan dua lelaki berusia 56 dan 68 tahun itu dikesan ketika mereka mengambil enam PATI warga Myanmar di sebuah stesen bas di Tanah Merah kira-kira pukul 3.45 petang semalam.

Mereka iaitu suspek berusia 56 tahun memandu kereta Proton Wira membawa tiga PATI manakala suspek warga emas memandu kereta Proton Saga, membawa tiga PATI dikesan menghala ke Pasir Mas, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata anggota imigresen yang mengekori kenderaan berkenaan, berjaya menahan kereta Proton Wira di tepi jalan Kampung Jelatok manakala kereta Proton Saga di Taman Lagenda, Pasir Mas.


Katanya pendatang asing terbabit yang berusia antara 21 hingga 47 tahun dipercayai menaiki bas ekspres dari Pulau Pinang dan pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berkata kesemua pandatang asing itu dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Tanah Merah manakala dua suspek warga tempatan itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

Kategori