Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kisah Najib, Pahit Maung...

29 FEBRUARI yang istimewa kerana hadir sekali setiap empat tahun, turut menjadi tarikh pilihan bagi...

4,587 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 4,587 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,640,235.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Zenfone 5 4G LTE...

Asus yang semakin mendapat tempat di arena telefon pintar antarabangsa nampaknya semakin agresif...

Pengalaman Matang Abang Jo...

KUALA LUMPUR - Berbekalkan pengalaman luas dan nilai seperti komitmen yang tinggi, Ketua...

Warga Emas Berusia 98 Tahun Masih Gagal Dijejaki

DUNGUN – Misteri kehilangan nenek berusia 98 tahun, Maimunah Musa, masih belum terungkai walaupun pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sudah melakukan pencarian pada jarak 10 kilometer dari rumah mangsa di Kampung Bukit Murai, Tok Kah, di sini, sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, pasukan SAR membabitkan 50 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) selain penduduk kampung masih buntu dan langsung tidak bertemu petunjuk di mana warga emas itu berada.

“Malah, operasi yang turut menggunakan khidmat anjing pengesah polis diperluaskan ke kawasan hutan dan semak berhampiran namun sehingga kini masih belum menemui mangsa,” katanya kepada Metro Ahad, semalam.

Maimunah yang nyanyuk disedari hilang dari rumahnya, kira-kira jam 10.30 malam, Rabu lalu.

Anaknya, Hasnah Jafar, 52, berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga adik-beradik lain menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Pasir Putih, Kelantan meninggalkan ibunya di rumah dan meminta anaknya yang tinggal bersebelahan untuk menjenguk.

“Sekembali dari majlis itu saya sangat terkejut selepas mendapati ibu saya itu tiada di rumah sebelum mencarinya di sekeliling rumah namun gagal menemuinya.

“Saya kemudiannya menghubungi adik-beradik lain dan penduduk kampung sebelum mencari mangsa di sekeliling kampung,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.


Katanya, sebelum ini ibunya tidak pernah keluar dari kawasan rumah kerana sudah uzur dan mempunyai penyakit lelah.

“Saya sangat hairan kerana sudah lebih lima kilometer kawasan pencarian namun ibu masih belum ditemui,” katanya.

Hasnah berkata, suaminya, Mohamad Ibrahim meninggal dunia pada 2007 dan sejak kehilangan suaminya itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibunya itu.

“Saya ingin sangat tatap wajah ibu biarpun jika dia ditemui sudah meninggal dunia,” katanya. – myMetro Online

Kategori