Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Kit Siang Bagi Tajuk...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘membahan’ Veteran...

1,000 Sertai Larian Sempena...

PUTRAJAYA - Kira-kira 1,000 warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama...

Video: Gempar! Tun M...

GAGAL melihat sambutan bangsa Melayu dalam perhimpunan Bersih 4.0, bekas Perdana Menteri Malaysia,...

Sabah Juara Piala Agong...

KUALA LUMPUR - Juara empat kali, Sabah muncul juara Ragbi Piala Agong 2018...

Warga Bangladesh Mati Dikelar Di Flat Cempaka Puri, Nilai

SEREMBAN – Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Flat Cempaka Puri, Nilai dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata mangsa yang dijumpai kira-kira pukul 8.51 malam itu dikenali sebagai Bilal Hossain berusia 30 tahun.

“Siasatan yang kita lakukan di tempat kejadian dibantu pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa ditemui terbaring di atas lantai di tengah-tengah ruang tamu dan terdapat banyak darah di sekeliling mayat mangsa.

“Hasil pemeriksaan tubuh badan mangsa yang memakai baju T bewarna oren dan berkain pelikat mendapati terdapat kesan kelar pada leher si mati. Hasil siasatan turut menemui sebilah pisau pemotong ikan berhulu besi di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zaldino berkata difahamkan mangsa yang tidak bekerja dan hanya menumpang di situ, merupakan seorang pemabuk dan suka membuat bising terutama pada waktu tengah malam.


“Kita percaya kejadian ini melibatkan lebih daripada seorang suspek dan rakan serumah mangsa yang telah melarikan diri ketika ini sedang diburu,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori