Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KKM Saran Wujud Klinik...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menggesa bagi menubuhkan klinik senaman di setiap daerah...

Siasatan Kes Kilang Haram,...

BUKIT MERTAJAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini di peringkat akhir menyiapkan...

Wanita Warga Thailand Didakwa...

KULIM - Seorang wanita warga Thailand bersama seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah...

Harga Minyak Tidak Berubah...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei...

Warga ATM Diingatkan Supaya Tak Alpa Dengan Kejayaan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengingatkan seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya tidak alpa dengan kejayaan yang dikecapi mereka.

Tuanku Abdul Halim bertitah sebaliknya kejayaan tersebut perlu dijadikan sebagai pemangkin dan pemacu untuk bergerak lebih maju ke depan.

“Jaga keutuhan organisasi dan peliharalah kesatuan serta tingkatkan lah semangat patriotisme agar Angkatan Tentera Malaysia menjadi sebuah organisasi yang utuh dan terus menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat serta sentiasa disegani oleh kawan dan digeruni pihak lawan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Istiadat perbarisan itu diadakan sebagai penghargaan ATM kepada Tuanku Abdul Halim yang juga Pemerintah Tertinggi ATM dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah atas tamat tempoh rasmi perkhidmatan baginda berdua pada 12 Dis ini.

Tuanku Abdul Halim juga merakamkan penghargaannya atas sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi oleh warga ATM semenjak baginda menjawat jawatan Pemerintah Tertinggi ATM bermula dari 2011 sehingga kini.

Baginda juga mengucapkan syabas kepada ATM kerana telah berjaya memastikan sempadan perbatasan negara terpelihara, yang secara tidak langsung menunjukkan ATM berkemampuan tinggi dalam melindungi kedaulatan negara.

Ini terbukti apabila ATM telah berjaya mematahkan pencerobohan militan di Lahad Datu, Sabah pada Mac 2013 dalam misi Operasi Daulat, titah baginda.


Baginda juga bertitah, penglibatan 19 pegawai dan 751 anggota lain-lain pangkat ATM yang sedang berkhidmat di tujuh negara sebagai Pegawai Pemerhati, Pegawai Staf, Pasukan Pengaman dan Tim Bantuan Kemanusiaan turut menunjukkan kemampuan ATM yang telah menerima kepercayaan daripada pihak Pertubuhan Bangsa Bersatu.

“Berita kejayaan ini dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap kemampuan Angkatan Tentera Malaysia dalam menjaga sempadan perbatasan negara dan juga misi serantau,” titah baginda.

Baginda juga mengucapkan tahniah kepada ATM yang memenangi anugerah ‘The Brandlaureate Transformational Organisation Brand 2015-2016’ oleh Asia Pacific Brand Foundation yang melibatkan 60 negara, yang mana penganugerahan ini merupakan pengiktirafan kepada ATM sebagai sebuah organisasi yang berjaya dalam usaha transformasinya dengan mengekalkan indentiti tersendiri dalam mengharungi cabaran yang sentiasa berubah.

Tuanku Abdul Halim yang akan tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis ini akan digantikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Tuanku Abdul Halim telah mencatat sejarah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali iaitu pada 1970 dan 2012. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Agong

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori