Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PN Kedah Akan Kemuka...

PERIKATAN Nasional (PN) Kedah akan mengemukakan calon Menteri Besar baharu dalam masa terdekat.Perkara...

Senarai Kabinet Diputuskan Secara...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata senarai anggota Kabinet dan kementerian diputuskan...

Juruterbang Mogok, Rayani Air...

TIDAK sampai lima bulan operasi, syarikat penerbangan tambang murah patuh syariah Malaysia,  Rayani...

AS Pertingkat Pemeriksaan Kargo...

WASHINGTON - Amerika Syarikat mengarahkan pemeriksaan lebih ketat ke atas kargo udara dari...

Warga Afrika Maut Ditetak Rakan Sendiri Di Kajang

KAJANG – Seorang warga Afrika maut dipercayai diserang sekumpulan individu di Sungai Chua di sini malam tadi.

Mangsa ditemukan terbaring kira-kira 8 malam di Jalan Cendana 3, Taman Cendana.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata mangsa sebelum itu dipercayai dikejar tiga lelaki sebelum ditetak dengan parang.

Beliau berkata tiga bilah parang turut ditemukan di sekitar lokasi kejadian.

“Pihak polis turut mengesan dua cap jari pada parang itu. Sebuah kereta Hyundai Elantra berwarna merah yang dipercayai milik mangsa juga dijumpai lebih kurang 100 meter dari lokasi mayat mangsa ditemui,” katanya.


Othman berkata pihak polis turut menahan lima warga Nigeria di sekitar Kajang malam tadi dan awal pagi ini bagi membantu siasatan kes.

Perintah reman dibuat ke atas mereka hari ini, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori