Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Memori Alan Kurdi Berulang...

ROM - Mayat bayi yang kelihatan berusia kurang setahun ditarik keluar dari laut Mediterranean...

“Raya Tak Raya Sama...

SAAT ini, kebanyakan kita sudah mula kembali bekerja selepas meraikan Aidilfitri namun mood...

Zaid Ibrahim ‘Lompat’ Parti...

PETALING JAYA - Bukan mengejutkan sesiapa lagi apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana...

Alkisah Muhyiddin Mahu Cabar...

MUNGKIN tidak belajar daripada sejarah atau buat-buat lupa sejarah, hasrat murni oleh Tan...

Wanita Rugi RM12,000 Ditipu ‘Polis’ Dari Johor

BINTULU – Seorang pegawai akaun rugi RM12,000 diperdayakan oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dari Muar, Johor Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 30 tahun dihubungi lelaki berkenaan melalui nombor telefon 018-673229 pada hari kejadian dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes langgar lari.

“Lelaki itu memberitahu kenderaan yang didaftarkan atas nama mangsa terlibat dalam kes langgar lari serta di dalam kenderaan tersebut mengandungi dadah.

“Lelaki itu juga memberitahu mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan menunjukkan waran tangkap ke atas mangsa melalui WhatsApp,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mustafa berkata, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM12,000 ke akaun Public Bank seperti diarahkan lelaki berkenaan sebagai jaminan kepada mahkamah, setelah menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis semalam. – BERNAMA

Kategori