Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sabah Pastikan Projek...

KOTA KINABALU - Anggota perkhidmatan awam persekutuan di Sabah perlu memberi kerjasama erat kepada kerajaan...

RUU Kumpulan Wang Disatukan...

Rang Undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dibentang untuk bacaan...

DSV Sah Sudah Jumpa...

PERHATIAN... Perhatian. Anda dah boleh berhenti hantar resume cari jodoh anda kat DSV....

DBKL Tak Kompromi Projek...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan agar melaporkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

Wanita Rompin Harap Lebih Banyak Peluang Tingkat Kemahiran

ROMPIN – Golongan wanita di sini, mengharapkan lebih banyak peluang dan latihan diberikan kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran yang boleh dimanfaatkan demi menambah pendapatan keluarga.

Bagi peniaga gerai makanan, Manisah Harun, 40, beliau mengharapkan kerajaan mewujudkan lebih banyak gerai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk penduduk setempat terutama golongan belia menjana ekonomi untuk diri sendiri dan keluarga.

“Belia di Rompin ini mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang termasuk makanan, pembuatan seni kraf dan menjahit. Kalau kerajaan boleh sediakan banyak tempat untuk pasarkan hasil yang dibuat, belia boleh menjana lebih banyak pendapatan tanpa perlu keluar dari Felda,” katanya.

Graduan universiti awam dan kelahiran Selendang 1, Nur Mastura Abidin, 27, pula mengharapkan kerajaan memperluas lagi pemasangan jalur lebar di kawasan perumahan Felda bagi memastikan golongan muda terus menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan.

“Di sesetengah kawasan Felda, liputan internet agak teruk menyebabkan kami terpaksa mengambil masa yang lama atau perlu ke kawasan lain untuk mendapatkan liputan yang lebih baik.

“Ini menyukarkan saya semasa membuat tugasan yang dibawa balik dari universiti semasa bercuti di rumah,” katanya.

Sementara itu, wanita Orang Asli Saidah Yasin, 50, dari suku kaum Jakun berkata beliau berharap lebih banyak bantuan berbentuk program kesihatan diberikan, khususnya melibatkan penyakit berbahaya seperti kanser.

“Kalau sendiri mahu ke klinik, masih ada wanita yang pandang ringan dalam bab ini.
Tapi jika selalu ada yang datang bagi ujian kesihatan secara percuma, ramai yang boleh pergi,” katanya.


Saidah yang mencari nafkah dengan menjual ketam nipah juga berharap pelbagai bantuan yang diterima masyarakat Orang Asli akan berterusan, khususnya dalam perihal pendidikan.

Bagi peniaga Ang Bun Tiang, 44, beliau berharap sesiapa sahaja yang dipilih sebagai Anggota Parlimen di sini dapat memberi khidmat terbaik dan memastikan Rompin terus membangun dan menjadi tumpuan pelancong, terutamanya kerana kawasan itu merupakan satu daripada laluan ke Pulau Tioman.

Kedatangan pelancong, menurut Ang akan memberi rezeki kepadanya yang membuka kedai runcit di bandar Kuala Rompin.

Rompin kini menjadi tumpuan ekoran Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang sedang berlangsung selepas penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, terkorban dalam nahas helikopter pada 4 April lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Jamaluddin daripada Barisan Nasional (BN)menewaskan Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

PRK itu yang diadakan pada 5 Mei ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dengan calon PAS Nazri Ahmad. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori