Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tak Tahu Rancangan...

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu mengenai...

Wow… Ini Model ‘Fashion...

WOW! Rekaan terbaru uniform salah sebuah syarikat penerbangan di China telah berjaya mencuri...

Penduduk Kampung Tok Muda,...

KLANG - Sebilangan penduduk Kampung Tok Muda, Kapar di sini mula berpindah ke...

Anak-Anak Ziana Zain Tiada...

BAGAIKAN satu trend, memiliki sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial merupakan satu kewajipan buat...

Wanita Rentung Kereta Terbakar Rempuh Rumah

SANDAKAN – Seorang wanita rentung selepas kereta dinaikinya terbakar dalam kemalangan di Batu 9 Jalan Labuk dekat sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata mangsa yang berusia lingkungan 30-an merupakan penumpang kereta terbabit.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.20 pagi membabitkan sebuah kereta yang terbabas lalu merempuh sebuah rumah tidak berpenghuni di tepi jalan berkenaan berhampiran Wisma Yun Cheong Loong.

Lelaki berusia 30 tahun yang memandu kereta itu dipercayai berjaya keluar dari kereta manakala mangsa terperangkap di dalam kenderaan itu.

Enam anggota bomba diketuai Arshad Kadir berjaya mengawal dan memadam api sepenuhnya pada pukul 5.04 pagi. – BERNAMA

Kategori