Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Beza Cara Trump...

WASHINGTON DC - Meskipun sudah empat hari Donald Trump secara rasminya ditabalkan sebagai...

Jangkitan Virus Zika Tempatan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 61 tahun di Sabah merupakan kes jangkitan...

Penumpang Cerita Detik Cemas...

SEMPORNA - Masih trauma dan tidak mahu menaiki feri lagi adalah antara luahan...

Tunai Tanggungjawab, Wany Tak...

MEMANG tidak dapat dinafikan bagi mereka yang baru kali pertama mengundi pastinya perasaan...

Wanita Perlu Terlibat Perkasa Ekonomi Kerajaan

TELUK INTAN – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyeru wanita supaya melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai inisiatif memperkasakan ekonomi golongan itu yang diusahakan oleh kerajaan negeri dan daerah.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) berkata daripada sudut mikro, aktiviti keusahawanan khususnya dalam kalangan wanita dijangka dapat memangkin peningkatan pendapatan isi rumah.

“Justeru itu, Bakti sentiasa menyokong usaha kerajaan membantu wanita menceburi bidang perniagaan dan mempergiat aktiviti keusahawanan mereka,” katanya ketika berucap pada program Prihatin Wanita Bakti di sini.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Hamidah Khamis, isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli, Anggota Parlimen Teluk Intan Datuk Seri Mah Siew Keong dan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Rosmah berkata beliau tertarik dengan pelaksanaan tapak perniagaan wanita tempatan yang dikenali sebagai ‘Ladies Lane’ sempena program Bantu Nita Perak di mana wanita boleh berniaga seminggu sekali pada hujung minggu, selain diberi bantuan modal perniagaan.

“Saya difahamkan program ini akan disebar luas ke seluruh Parlimen Perak secara berperingkat dan bakal kunjung tiba di Teluk Intan, jadi rebutlah peluang ini nanti,” katanya.

Rosmah berkata Jabatan Pembangunan Wanita Perak juga mempergiat usaha memperkasa ekonomi wanita di peringkat daerah dengan melaksanakan Program DeWI (Development of Women Enterpreneurs Initiatives) yang berteraskan keilmuan, kemahiran dan pemberian sumber-sumber perniagaan seperti dana kewangan, mesin serta bahan mentah.

“Selain itu, ada juga Bazar Nita di mana peniaganita sekalian diberikan platform untuk memasarkan produk mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Rosmah menyeru usahawanita beranikan diri untuk menguasai penggunaan teknologi digital kerana kemahiran itu dapat melonjakkan kemajuan kendiri dan kerjaya masing-masing kelak.


“Kini semakin banyak perniagaan dalam talian dan portal perniagaan sehenti di internet. Bagi memastikan para wanita kekal berdaya saing di arus digitalisasi ini, penguasaan teknologi terkini adalah satu kriteria penting yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Mengenai program Prihatin Wanita Bakti, Rosmah berkata Bakti membawa FAMA mempromosikan program, pakej insentif keusahawanan, bantuan pinjaman dan khidmat nasihat, disamping berbicara tentang langkah memperkasakan ekonomi wanita melalui aktiviti keusahawanan digital iaitu Agrobazaar Online.

“Agrobaazar Online adalah platform e-dagang yang terbaik untuk diceburi kerana ia dapat menemukan pengeluar, pengilang, pembekal dan pengguna dalam satu platform pemasaran yang lebih kompetitif dan turut mampu menembusi pasaran luar.

“Dengan capaian pasaran yang meluas dan kos yang lebih rendah, kualiti hidup pengusaha juga dapat ditingkatkan. Keuntungan juga dapat diraih berlipat ganda dengan tiadanya orang tengah,” katanya.

Pada majlis itu, Rosmah turut menyampaikan dermasiswa kepada 100 pelajar dari enam kawasan Parlimen di Perak dengan setiap daripada mereka menerima RM600. — BERNAMA

Kategori