Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Art For Homeless Untuk...

SENI jalanan semakin mendapat perhatian masyarakat di Malaysia sehingga mendorong sekumpulan pelajar tahun...

MB Kedah Dakwa Sewaan...

Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa sewaan sebuah premis bawah seliaan Kementerian Pertanian Dan...

Mangsa Banjir Di Klang...

KLANG : Mangsa banjir di daerah ini kini menghampiri 10,000 orang dan diselamatkan...

PRK Rompin: Hasan Arifin...

ROMPIN - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin bermula...

Wanita Hamil 6 Bulan Dibelasah Teruk Kekasih Suami Di Rawang

KEJAM!! seorang wanita yang sedang hamil enam bulan terpaksa menanggung azab seksa apabila dia dibelasah teruk oleh perempuan simpanan suaminya sehingga pitam.

Mangsa yang berusia 26 tahun itu dilaporkan ditumbuk dan dipukul di rumah kediamannya sendiri yang terletak berhampiran Taman Pelangi, Rawang, Selangor, pada Rabu lalu.

Menurut sumber polis, kejadian itu berpunca selepas wanita hamil itu meminta penjelasan suspek tentang hubungan ‘cinta gelap’ bersama suaminya.

“Malangnya dia dipukul perempuan simpanan suaminya sebaik meminta wanita itu tidak mengganggu rumahtangganya.

“Lebih malang suspek dikatakan menumbuk perut mangsa yang mengandung selain menghamburkan kata-kata kesat terhadap mangsa,” katanya.

Difahamkan, suami mangsa yang berada di tempat kejadian turut mencerca dan membiarkan isterinya dibelasah.


Pada awal minggu ini, mangsa mendakwa suaminya pernah memukul dan memulas tangannya hingga mengakibatkan dia mengalami kecederaan ketika diminta menjelaskan hubungan cintanya dengan wanita itu.,

Lelaki itu juga dikatakan tidak mempedulikan keadaan isterinya yang sedang hamil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=bvMW8fCCmhY]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori