Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warisan Sasar Empat Kerusi...

SEREMBAN - Parti Warisan Negeri Sembilan menyasarkan sekurang-kurangnya bertanding empat kerusi Parlimen dan...

Jais Minta Solat Sunat...

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta semua masjid dan surau...

Salam Netanyahu Jadi Isu,...

KUALA LUMPUR - Hanya kerana berjabat tangan secara tidak formal dengan Perdana Menteri...

PM Adakan Lawatan Kerja...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan...

Wanita Maut Lori Terhumban Ke Gaung Di Jalan Sandakan-Beluran

SANDAKAN – Seorang wanita maut apabila lori tiga tan dinaikinya terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Kilometer 56 Jalan Sandakan-Beluran, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata pemandu lori tersebut yang berusia 29 tahun turut cedera parah, tetapi dilaporkan dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Beluran.

Katanya kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang apabila lori terbabit hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter.

Menurutnya akibat kejadian itu, penumpang lori iaitu seorang wanita yang identitinya belum dikenal pasti, berusia lingkungan 30-an mati di tempat kejadian.


Maklumat mangsa belum diperoleh disebabkan tiada dokumen pengenalan diri dijumpai daripadanya, kata Zabidi di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan beliau meminta saksi kejadian agar tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=EvWOpH4z5V4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori