Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ular Sawa Teman 10...

KAJANG: Dua wanita warga emas yang berlindung dari banjir dengan duduk di atas...

Masalah Adat, Biar Adat...

SEREMBAN - Apa juga masalah berhubung adat di Negeri Sembilan, biar adat yang...

Hanya 648 Pekerja Bangladesh...

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan kemasukan 80,000 kuota...

Proton Bakal Dapat Sentuhan...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. (Proton), yang kini diperkasa oleh Zhejiang Geely...

Wanita Maut Kereta Langgar Pembahagi Jalan

KUALA KANGSAR – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera setelah kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 232.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kemalangan pada pukul 9.47 pagi itu berlaku setelah kereta yang dinaiki pasangan suami isteri itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Katanya, mangsa lelaki yang berusia 54 tahun mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kiri manakala isterinya berusia 48 tahun disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Menurut saksi kejadian, kenderaan yang dinaiki kedua-dua mangsa itu dilihat hilang kawalan sebelum berpusing dan melanggar pembahagi jalan.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari kenderaan segera dijalankan dengan rawatan awal diberikan kepada mangsa yang cedera dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tinjakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori