Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kesedaran Tentang Kesihatan Mental...

SEREMBAN – Kesedaran tentang kesihatan mental dan rawatan pencegahan awal dalam kalangan penduduk...

Najib Sindir Mat Sabu...

SINIS... Datuk Seri Najib Razak persoal Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dengan tanya sejak...

7 Klinik 1Malaysia Baharu...

KUALA LUMPUR - Tujuh klinik 1Malaysia yang baharu mula beroperasi tahun ini bagi...

Masih Ramai Terpedaya Taktik...

Seorang peniaga wanita di Johor rugi lebih RM1 juta selepas terperdaya dengan sindiket...

Wanita Maut Dikelar, 2 Lagi Cedera

SEMPORNA – Seorang wanita ditemui mati dipercayai dikelar oleh anak lelaki sepupunya dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Kampung Sinallang Look, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Bunga Hailah Samaullah, 59, ditemui mati di hadapan pintu di ruang tamu rumah dengan kesan kelar pada leher dan luka pada tangan kiri.

Turut cedera dalam kejadian itu ialah suami mangsa, Abdol Lawas Mosin, 60, serta seorang wanita berumur 26 tahun dikenali Siti Madinah Moden yang juga sepupu suspek.

Difahamkan, suspek disyaki sakit mental dan pernah dirawat di Hospital Mesra di Bukit Padang, Kota Kinabalu, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Anak Umbuas, berkata suspek mengelar leher mangsa menggunakan parang sebelum turun dari rumah dan menetak dua lagi mangsa lalu melarikan diri.


“Suspek berjaya ditangkap di kawasan bakau, kira-kira 200 meter di belakang tempat kejadian. Suspek yang berumur 20 tahun cedera akibat bergelut dengan mangsa dan dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan.

“Kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Semporna untuk diberikan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Peter berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BH Online

Kategori