Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Tolak GST Dahulu,...

SHAH ALAM - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April ini merupakan...

2 Lelaki Lagak Samseng...

Kulai : Dua lelaki berlagak samseng yang tular dalam video di media sosial...

Najib Serah Tawaran Haji...

PUTRAJAYA – Keuntungan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bukan hanya digunakan untuk program tajaan...

Neelofa Tawar Bantuan Cari...

USAHAWAN selebriti Noor Neelofa Mohd Noor terkejut dengan laporan yang mengatakan Utusan Melayu...

Wanita Mangsa Samun Meninggal Dunia Selepas Seminggu Dirawat

LUMUT – Seorang wanita yang cedera ditikam dalam kejadian disamun di sini pada Rabu lalu meninggal dunia semalam selepas hampir seminggu dirawat di hospital.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa, Norehan Mad Saad, 31, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada pukul 1 petang semalam.

Menurutnya, bedah siasat akan dijalankan terhadap mangsa di hospital yang sama untuk mengetahui punca kematian.

Katanya, mangsa pada mulanya menerima rawatan di Hospital Seri Manjung di sini namun dibawa ke Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana memerlukan perhatian lanjut.

“Keterangan doktor pakar hati pada Isnin mengesahkan 50 peratus hati bahagian kanan mangsa terpaksa di buang kerana mengalami kecederaan yang teruk.

“Dipercayai suspek telah menikam di bahagian hati belah kanan pada kawasan yang sama lebih dari sekali mengakibatkan kecederaan teruk pada mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.25 pagi Rabu lalu, mangsa yang bekerja di kebun betik dan tembikai di Batu 40, Kampung Tengah, Beruas ditikam dalam kejadian samun.


Terdapat tiga kesan tikaman pada badan mangsa iaitu pada bahagian kanan dan kiri perut serta lutut kiri.

Suspek disyaki warga Indonesia dan melarikan wang tunai RM200, kad pengenalan dan lesen memandu milik mangsa.

Muhammad Hanif berkata, polis telah menahan lima lelaki warga Indonesia untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori