Wanita Ini Boleh Ubah Wajahnya Sebijik Macam Angelina Jolie

TANPA melakukan sebarang pembedahan dan suntikan, seorang wanita bernama Kandee Johnson nyata mempunyai magisnya tersendiri hingga mampu melakukan solekan yang amat menakjubkan.

Mana tidaknya, hasil solekan wajahnya dia mampu tampil iras seperti selebriti antarabangsa, Angelina Jolie.

maxresdefault (1)

Hasil seni dan kemahiran dalam solekannya membuatkan sesiapa sahaja yang melihat terpegun gara-gara dia bukan sahaja mampu tampil jelita malah mampu mengubah wajahnya hanya dengan menggunakan alat solek.

Sebelum ini juga, Kandee juga pernah menukarkan wajahnya seperti Audrey Hepburn dan watak animasi Frozen iaitu Elsa.

Pun begitu, Kandee nampaknya langsung tidak kedekut rahsianya mengenai ilmu solekan terhadap peminat-peminatnya hingga sanggup merakam teknik solekannya seperti menjadi Angeline Jolie ini.

Apa lagi, jom kita tonton…  dah tak sabar-sabar nak memiliki wajah bak Angeline Jolie kan?

– MYNEWSHUB.CC

 

Loading...