Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siapa Chryseis Tan Ni?...

"BREAKFAST in London, Lunch in Paris, Dinner in Rome." Begitulah perumpamaan yang tepat...

Zizan Selfie Bersama Penjual...

PELAKON dan pengacara Zizan Razak menerusi Instagram peribadinya berkongsi sekeping gambar bersama penjual...

BN W.Persekutuan Garis 5...

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) hari ini melancarkan manifesto...

PKNS Tutup Sementara Uptown...

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menutup tapak ‘Uptown’ Shah...

Wanita Hilang Selepas Terjatuh Ke Dalam Longkang

JOHOR BAHRU – Seorang wanita hilang setelah terjatuh ke dalam longkang apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan berhampiran Flat Seri Stulang, di sini pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Ibrahim Omar berkata laporan mengenai kehilangan Wee Chui Lee, 40, bagaimanapun hanya diterima pihaknya pada pukul 4.11 pagi ini.

Seramai 14 pegawai dan anggota telah dikerah ke lokasi kejadian bagi mencari mangsa.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian, kami menjumpai barang milik mangsa yang berupa topi keledar dan kad pengenalan yang kita percaya terjatuh akibat kemalangan.

“Operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan di sepanjang longkang di lokasi kejadian sehingga ke muara Sungai Tebrau.


“Namun tiada penemuan dicatat dan operasi terpaksa ditangguhkan awal berikutan keadaan air sungai yang surut, menyebabkan bot bomba tidak dapat melalui kawasan Sungai Tebrau,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Ibrahim, pencarian itu akan disambung pagi esok dan diperluaskan lagi sehingga ke kawasan Jambatan Permas.

Operasi hari ini turut melibatkan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), katanya. – BERNAMA

\

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori