Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MTN Setuju Harga Minimum...

KUALA LUMPUR - Majlis Tanah Negara (MTN) hari ini bersetuju supaya harga minimum...

Jakim Siasat Program ‘I...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung...

Rizalman: Jabatan Siasatan Jenayah...

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan melakukan siasatan terhadap kes Ketua...

Wanita Mati Dikelar, Polis...

Georgetown : Wanita ditemukan mati dengan kesan kelar di dada, leher, perut dan...

Wanita Hamil Tujuh Bulan Didakwa Tipu Pakej Umrah

KUALA LUMPUR – Seorang wanita hamil tujuh bulan menghadapi 30 pertuduhan menipu pakej umrah melibatkan wang tunai berjumlah RM166,300 di tiga Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.

Rozaimenurhianti Ahmad Azmi, 31 , mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Mohamed Izwan Mohamad Noh, Majistret Haslinda A. Raof dan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa menipu Azlina Fakhrudin, 44, dengan memperdayakannya bahawa tertuduh boleh menyediakan perkhidmatan pakej umrah ke Mekah untuk 55 orang peserta hingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang berjumlah RM166,300 antara 22 Okt 2015 hingga 21 Mac 2016 melibatkan 30 transaksi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Ampang antaranya di Ampang Point, Taman Dagang dan Kampung Pandan Dalam di sini dan pertuduhan adalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Nik Ahmed Asraf Nik Othman diikat jamin RM60,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin, dan menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula.


Terdahulu Nik Ahmed Asraf memohon mahkamah mengurangkan jaminan memandangkan tertuduh yang hamil tujuh bulan dan mempunyai tiga orang anak berusia antara empat hingga lapan tahun itu tidak mempunyai pendapatan lain.

Katanya wanita itu bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suaminya yang bekerja sebagai kerani untuk menyara keluarga.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim dan Raihanah Abd Razak menawarkan jaminan sebanyak RM138,000 untuk semua pertuduhan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori