Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Paras Air Sungai Bidor...

Teluk Intan: Mangsa banjir di Perak pagi ini kekal 64 orang daripada 17...

Elak Lakukan Aktiviti Berat...

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti...

11 Dipanah Petir Di...

PARIS - Sembilan kanak-kanak dan dua dewasa dipanah petir di sebuah taman di...

CAP Gesa Kerajaan Lebih...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak kerajaan bertegas mengharamkan terus rokok...

Wanita Dipenjara Miliki Rokok & Minuman Keras

KULIM – Seorang wanita dihukum penjara tujuh hari dan denda RM26,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 164 karton rokok putih dan rokok kretek serta 10 tin bir yang dilarang import.

Majistret R.Manomani yang menjatuhi hukuman itu terhadap S. Savuntharam, 52, memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 11 Julai lepas dan dia turut dikenakan penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Savuntharam didakwa memiliki kesemua barangan larangan import bernilai RM2, 561.35 itu di sebuah premis di Lorong Senangin 3/5, Taman Senangin di sini pada 4 petang, 11 Julai lepas.

Kesemua rokok yang dirampas itu merupakan barang larangan di bawah Perintah Larangan Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 kerana tidak mematuhi syarat diperuntukkan di bawah Butiran 1, Bahagian II, Jadual Ketiga dalam perintah itu.

Sementara itu, kesemua bir yang dirampas adalah barang larangan di bawah Perintah Larangan Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 kerana tidak memenuhi syarat diperuntukkan di bawah Butiran 2, Bahagian II, Jadual Ketiga dalam perintah berkenaan.

​​​​​​​Sehubungan itu, Savuntharam telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum menurut Seksyen 135(1)(iii) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum 20 kali ganda nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.


Mengikut fakta kes, sepasukan anggota Kastam Cawangan Penguatkuasaan Sungai Petani, Kedah yang diketuai Abd Rahim Yahaya bersama tiga anggota telah membuat serbuan ke premis Shanthi Catering Senangin Corner milik tertuduh di Taman Senangin pada masa dan tarikh sama.

Hasil pemeriksaan pasukan penguatkuasaan di premis itu menemui sejumlah rokok putih dan rokok kretek yang disyaki tidak berkastam disimpan di bahagian bawah tangga premis itu serta sejumlah bir yang turut disyaki tidak berkastam disimpan berhampiran rak barang premis berkenaan.

Bagaimanapun, tertuduh gagal menunjukkan bukti bahawa barangan itu telah lulus Kastam. Kesemua barang kes disita manakala tertuduh ditahan dan dibawa ke Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Cawangan Penguatkuasaan Sungai Petani untuk siasatan lanjut.

Pendakwaan kes dikendalikan Penguasa Kastam Cawangan Penguatkuasaan Bukit Kayu Hitam Karthy Gasedevail Deva Rajoo manakala tertuduh diwakili Peguam A. Chandra Segaran Achannah. – BERNAMA

Kategori