Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saat Bersejarah, Muntah Selepas...

LELAKI ini mahu melamar kekasihnya dan bagi tujuan itu, dia telah menyewa sebuah...

Wan Azizah Menghadap Pemangku...

KUANTAN – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail petang ini menghadap Pemangku...

Mayat Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas...

ALOR SETAR - Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki...

Sistem SKIN Dapat Kesan...

PUTRAJAYA - Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang bakal memodenkan perkhidmatan Jabatan Imigresen,...

Wanita Dipenjara, Denda Curi Barangan Pasar Raya

KUALA LUMPUR – Seorang wanita terpaksa merengkok di penjara selama seminggu dan membayar denda RM4,200 kerana mencuri pelbagai jenis barangan termasuk pisau cukur, berus gigi dan radio di sebuah pasar raya, Jumaat lepas.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu ke atas Nik Norhayati Nik Yusoff, 28, yang tidak bekerja itu selepas dia mengaku bersalah mencuri 16 jenis barangan antaranya dua unit radio, dua helai seluar pendek, baju T, baju sejuk, kalkulator, tiga unit pisau cukur dan dua unit berus gigi yang keseluruhan bernilai RM429.68.

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu yang memakai baju T dan seluar pendek dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Perbuatan itu dilakukan di Pasaraya Tesco Ampang, di sini pada 9 malam, 5 Jan lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga didenda dan jika kesalahan yang kedua atau seterusnya hendaklah dipenjara dan boleh juga didenda atau sebat.

Mengikut fakta kes, pengawal keselamatan pasar raya itu ternampak tertuduh dalam keadaan mencurigakan dan melihat wanita itu memasukkan beberapa barangan yang diambil di dalam pasar raya ke dalam beg galasnya dan berlalu pergi tanpa membuat sebarang bayaran.


Terdahulu ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam dengan nada sebak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu pulang ke kampungnya dengan segera kerana ibunya kini sedang sakit.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira jumlah barangan yang diambil tertuduh adalah banyak melibatkan ratusan ringgit selain kadar kekerapan jenayah curi di pasar raya. – BERNAMA

Kategori