Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MOF Kaji Benarkan Rokok...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) sedang memperincikan cadangan bagi membolehkan proses pengilangan...

Pembantu Rumah Ditemui Mati...

GEORGE TOWN - Seorang pembantu rumah rakyat Indonesia ditemui mati di rumah majikannya...

Pesakit Serik, Kongsi Foto...

SEORANG pesakit memuat naik foto hidangan yang disediakan pihak hospital sehingga ia tular...

Parlimen: Demonstrasi Desak Azmin...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan lebih 20 orang anak muda Selangor mengadakan demonstrasi di...

Wanita Curi Tabung Masjid

PERKARA ini jarang-jarang sekali berlaku apabila seorang wanita didapati mencuri tabung di sebuah masjid di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Isnin lalu.

Aktiviti wanita tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada malam kejadian.

Jemaah Masjid Jamek Simpang Tiga memuat naik video tersebut di laman Facebook hari ini yang memaparkan kelibat seorang wanita bertudung dan berseluar jeans berjalan ke arah tabung yang terletak di ruang solat depan.

Difahamkan, wanita tersebut mengambil tabung itu kira-kira jam 5.55 petang dan membawa ke ruang solat wanita sebelum membawa lari wang kira-kira RM500.

Netizen turut memuat naik gambar wanita yang dipercayai suspek. Dikatakan suspek turut mencuri tabung di sebuah masjid Sungai Karangan kira-kira 3.45 petang pada hari yang sama.


Ada juga netizen yang mengakui mengenal suspek yang didakwanya seorang wanita yang pemalu dan mempunyai perwatakan yang baik.

“Saya kenal rapat budak perempuan ni….dia seorang gadis yg pemalu dan baik perwatakkannya…..tapi sekarang perwatakkan dia dah berubah.Laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa dan rawatan islam juga telah diikhtiar berulang kali oleh keluarga mangsa. Mangsa disihir untuk mencari duit dan diberikan kepada seseorang,” kata pemilik akaun Facebook, Ida Wardah. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori