Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suri Rumah Dijel Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah dihukum penjara sehari dan denda RM1,000 oleh...

Kerajaan Wajar Timbang Semula...

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyarankan kerajaan agar mempertimbangkan semula...

Persiaran Gurney Tukar Kepada...

GEORGETOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang menyangkal khabar angin kononnya nama jalan Persiaran...

Adiwira Spiderman ‘Ditahan’ Polis...

KEBIASAANNYA, pihak polis akan menahan dan menangkap individu yang hanya melakukan kesalahan, namun...

Wanita Bakar Diri Lepas Dipecat

Kuala Lumpur – Seorang wanita berusia 35 tahun yang dipercaya berang akibat dipecat oleh majikan bertindak merempuh kereta dipandu ke arah bangunan pejabat di Bangsar South, Jalan Kerinchi di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, mangsa kemudian bertindak membakar dirinya di dalam kenderaan menggunakan petrol dan mercun dibawanya.

Kejadian itu kemudian segera dilaporkan kepada pihak polis sebelum anggota Bomba dan Penyelamat Pantai bergegas memadamkan kebakaran itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa sempat diselamatkan beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian yang membantu memadamkan api menggunakan alat pemadam api.

“Mangsa mengalami kecederaan melecur hampir 50 peratus pada keseluruhan tubuhnya,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang berjaya diselamatkan dalam kejadian itu sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan mendapati mangsa memandu kereta model Perodua Viva. Sejurus kebakaran kereta itu dipadamkan, pihak polis menemui dua kotak mercun dan tiga tong berisi petrol,” katanya. – myMetro Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori