Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Seorang Penuntut KPTM Maut,...

GUA MUSANG - Seorang penuntut Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Gua Musang maut manakala...

James Jemut Masing Meninggal...

KUCHING - Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, 72,...

Mustafa Ali Mahu Pakatan...

KUALA LUMPUR - "Mengapa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersungguh-sungguh mahu Pakatan...

Sultan Selangor Sokong Cadangan...

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan cadangan Majlis...

Wang Tabung Masjid Lesap Lagi

PASIR MAS – Masjid mukim Kuala Lemal di sini, menjadi sasaran pencuri apabila masjid berkenaan dipecah masuk bagi kali ketiga untuk tahun ini.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid berkenaan yang hanya mahu dikenali Ustaz Zamri, berkata kejadian terbaharu berlaku awal pagi semalam apabila dua lelaki lingkungan 20-an bertindak masuk bagi mencuri wang tabung masjid sebanyak RM300.

Katanya, jemaah masjid menyedari kejadian itu pada jam 5.30 pagi apabila melihat kesan umpil pada pintu jeriji di ruang solat wanita.

 

“Kejadian ini sudah masuk kali ketiga pada tahun ini saja malah kejadian yang sama turut berlaku pada tahun sebelumnya dan pernah kehilangan wang mencecah ribuan ringgit hasil derma jemaah.

“Dalam kejadian pagi tadi, ia disedari jemaah sewaktu mahu menunaikan solat Subuh apabila pintu jeriji besi dikerat serta tiga tabung juga terbuka dan meninggalkan kesan umpil.


“Pihak masjid segera melihat kamera litar tertutup dan memang betul ada dua lelaki berumur lingkungan 20-an pecah masuk ke masjid,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Pihak masjid melakukan laporan polis mengenai kejadian kira-kira jam 1.10 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menasihatkan pihak masjid supaya kerap memeriksa duit derma di tabung dan mengambilnya sekiranya mempunyai jumlah yang banyak.

“Kes pecah tabung masjid ini kerap berlaku dan langkah cermat perlu diambil pihak masjid bagi memastikan ia tidak berulang ia termasuk wang hasil derma jemaah perlu disimpan di tempat lebih selamat sekiranya ia berjumlah besar,” katanya. – BH Online

Kategori