Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemuda Kekal Dipenjara Bunuh...

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir seorang pemuda berusia 22 tahun...

Video: Bapa Campak Anak...

SEBUAH video memaparkan detik cemas seorang bapa mencampak anaknya dari tingkat tiga selepas...

Pengawal Didakwa Lakukan Serangan...

PUTRAJAYA - Seorang pengawal keselamatan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah...

Tiada Air! Penduduk Cheras...

CHERAS- Masalah air yang melanda penduduk di sekitar Cheras telah menyebabkan ratusan penduduk...

Wang Haram: Bekas Penolong Jurutera Didakwa

ALOR SETAR – Seorang bekas penolong jurutera sebuah jabatan kerajaan hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.1 juta pada Januari lepas.

Ishak Ismail, 56, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Mengikut pertuduhan, Ishak pada 19 Jan 2017, kira-kira pukul 3 petang di sebuah rumah di Batu 14, Simpang 3 Sungai Daun, Yan telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah RM1,113,250 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan tersebut atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.


Azman menetapkan selama empat hari bermula 13 Nov, sebagai tarikh perbicaraan dan dikenakan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, A. Hafiizh Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Ariff Shaharuddin. – BERNAMA

Kategori