Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Mengaku Bersalah Merompak,...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

JKKK Terengganu Diarah Tubuh...

KUALA TERENGGANU - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh Terengganu diarah...

Nabila Razali Tak Sedar...

PENYANYI Nabila Razali menerima kecaman hebat pengguna laman sosial apabila dikatakan gagal menyampaikan...

Nabil Minta Maaf Campak...

“TIDAK menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adat Melayu kita, terutama sekali...

Wan Junaidi Bimbang Telok Melano Jadi Laluan Bawa Dadah

KUCHING – Perkampungan Telok Melano yang terletak di penghujung Lebuhraya Pan Borneo kira-kira 100km dari sini berdekatan sempadan Indonesia, dikhuatiri menjadi laluan penyeludupan dadah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk berurusan dengan negara jiran.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata menurut maklumat yang diperolehnya, terdapat sekumpulan pengedar dadah yang menjadikan kawasan itu sebagai laluan untuk kegiatan menyeludup dadah ke Kalimantan, Indonesia.

Beliau berkata perkara itu amat membimbangkannya kerana kawasan ini mempunyai jalan-jalan tikus untuk ke negara jiran, dan laluan Pan Borneo walaupun belum siap sepenuhnya, ketika ini ia boleh dilalui oleh lori atau pacuan empat roda.

“Satu pemantauan terperinci harus dilakukan di kawasan ini kerana ia berdekatan dengan sempadan, dan saya bimbang perkara ini (seludup dadah) dilakukan oleh pihak yang tidak bertangungjawab, saya risau anak muda kita akan terlibat dengan gejala ini,” kata Wan Junaidi, yang juga Anggota Parlimen Santubong dalam persidangan media di Dewan Serbaguna Pusat Khidmat Parlimen Santubong, di sini hari ini.


Pada 15 Feb lepas, Pasukan Gerakan Am menahan lima lelaki warga Indonesia bersama dadah disyaki syabu dianggarkan bernilai RM1.4 juta di jalan hadapan Pos Op Awas Jawatankuasa Perancangan Gerakan Telok Melano, Lundu. Teluk Melano terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, yang merupakan satu daripada tiga kawasan DUN dalam kawasan parlimen Santubong.

Terdahulu Wan Junaidi menyampaikan sumbangan bernilai RM9,400 sebagai bantuan pendidikan keluarga miskin dan RM9,300 sumbangan kecemasan pesakit kronik kepada 41 penerima dari kawasan Parlimen Santubong. – BERNAMA

Kategori