Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Raja-Raja Melayu Sependapat Tiada...

KUALA LUMPUR - Raja-Raja Melayu sependapat bahawa tidak ada keperluan untuk meletakkan negara...

Penganggur Mengaku Tidak Bersalah...

IPOH - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari...

2 Maut, Seorang Parah...

KUANTAN - Dua lelaki maut dan seorang kanak-kanak lelaki cedera parah dalam kemalangan...

Nafkah Anak, Bekas Suami...

PETALING JAYA - Pengarah drama, Azmi Hatta diperintahkan membayar nafkah sebanyak RM1,500 sebulan...

Wan Ahmad Najmuddin Dilantik Ketua Polis Johor Yang Baharu

JOHOR BAHARU – Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu, berkuat kuasa Selasa.

Wan Ahmad Najmuddin, 57, mengambil alih tugas berkenaan daripada Ketua Cawangan Khas Kontinjen Johor, Datuk Ramli Hassan yang memangku jawatan Ketua Polis Johor sejak 3 Nov lepas.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan disaksikan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah.

Sebelum ini, Ketua Polis Johor disandang Datuk Rusli Ahmad yang kini bertugas sebagai Ketua Urus Setia (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

Majlis terbabit turut menyaksikan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Johor daripada Datin Mahizah Abd Malik kepada Datin Musalma Mohd Saman yang disaksikan Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datin Noraini Abdul Jalil.


Wan Ahmad Najmuddin yang berasal dari Besut, Terengganu, berkata beliau akan menumpukan kesejahteraan rakyat selain berusaha membanteras jenayah di negeri ini.

“Saya berazam meneruskan usaha yang dilakukan bekas Ketua Polis Johor terdahulu bagi menurunkan kadar jenayah di negeri ini dengan beberapa perancangan termasuk mengadakan perjumpaan dengan komuniti setempat.

“Berkenaan kesejahteraan rakyat, saya akan bincang secara terperinci mengenainya bersama kepimpinan polis kontinjen Johor dalam masa terdekat,” katanya yang berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1979. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori