Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rozita Che Wan ‘Sound’...

AHAD lalu, heboh di Instagram apabila Rozita Che Wan memuat naik gambar seorang...

Filem Lucah Dirakam Di...

SEPASANG pelakon lucah dipercayai melakukan aksi seks di atas gunung yang menjadi tumpuan...

Komuniti ASEAN Boleh Kukuhkan...

NEW YORK - Malaysia akan terus berkongsi pengalamannya bagi membantu memperkukuhkan kerjasama Selatan-Selatan...

Ribuan Warga Kota Zahirkan...

KUALA LUMPUR - Ribuan warga kota pelbagai kaum berhimpun di Dataran Merdeka dan...

Waktu Kerja Penjawat Awam Kekal Seperti Sekarang

PUTRAJAYA – Waktu kerja bagi penjawat awam kekal seperti sekarang, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berhubung cadangan waktu bekerja selama enam jam sehari bagi perkhidmatan awam.

Beliau berkata cadangan bekerja enam jam sehari yang dikemukakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu sudah dikaji dan didapati mungkin mempunyai risiko ‘menjejaskan’ perkhidmatan awam.

Katanya penekanan dalam perkhidmatan awam sekarang ialah untuk peningkatan produktiviti.

“Selepas kajian itu (dibuat), waktu kerja kekal seperti sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Tahunan Agama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di sini hari ini.

Waktu bekerja bagi perkhidmatan awam sekarang adalah sembilan jam sehari.

Ali dalam pada itu mengumumkan gred bagi Allahyarham Anisah Ali, pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang terkorban ketika bertugas setelah kenderaan dinaikinya dirempuh kenderaan ‘tonto’, dinaikkan dari gred 22 ke gred 26.

“Kerajaan telah uruskan kenaikan gred Allahyarham secara posthumous. Oleh itu waris Allahyarham akan dapat ganjaran mengikut gred yang baharu,” katanya berhubung saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kerajaan mempertimbangkan gred lebih tinggi untuk Anisah.

Mangsa meninggal dunia pada Ahad akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus selepas dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam pada itu, Ali turut memaklumkan bahawa syarat supaya projek kerajaan yang bernilai RM500 juta ke atas di peringkat pusat sehingga pihak berkuasa tempatan perlu melibatkan penyertaan Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudahpun berkuat kuasa.


Beliau berkata cadangan tersebut sudah mendapat persetujuan perdana menteri, ketua audit negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Cadangan tersebut memang telah dipersetujui semua pihak. Dan sekarang ia akan terus dilaksanakan,” katanya.

Ali pada minggu lepas mencadangkan supaya projek kerajaan bernilai RM500 juta dan ke atas perlu melibatkan penyertaan ketua audit negara dan SPRM bagi membanteras penyelewengan dan rasuah.

Mekanisme sama iaitu penglibatan ketua audit negara dan SPRM pernah dilaksanakan dalam projek mega seperti Projek Aliran Transit Massa (MRT) sebelum ini untuk mengelakkan ketirisan dan penyelewengan dan terbukti berkesan.

Pada majlis hari ini, Ali yang merupakan penasihat Puspanita menyampaikan sumbangan Puspanita berjumlah RM130,000 kepada 41 buah pusat aktiviti warga emas di seluruh negara, lima buah sekolah menengah, empat buah sekolah rendah yang mempunyai kelas pendidikan khas di Putrajaya serta pelajar-pelajar Kelas Mengaji Al-Quran Kanak-Kanak Istimewa Puspanita.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah isteri Ali, Puan Sri Rohani Abdullah yang merupakan Yang Dipertua Puspanita.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori