Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

I-Guru Pertimbang Rayuan Keputusan...

KUALA LUMPUR : Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai...

Prestasi Kewangan KUIN Tidak...

ALOR SETAR - Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 mendedahkan prestasi kewangan...

Suspek Keganasan Sepanyol Rancang...

MADRID - Seorang anggota suspek rangkaian pengganas yang melancarkan serangan di Sepanyol minggu...

Isu Gaji Minimum: Pemimpin...

SENYAP... Ke manakah pergi ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dahulu cukup lantang...

Wakaf Boleh Majukan Ekonomi Secara Lebih Inklusif

KUALA LUMPUR – Wakaf boleh memain peranan penting dalam usaha negara untuk membangunkan ekonomi yang lebih dinamik, progresif dan terangkum, dengan menangani sebahagian daripada cabaran utama yang dihadapi masyarakat seperti ketidaksaksamaan selain meningkatkan akses kepada pendidikan dan kesihatan yang berkualiti.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Marzunisham Omar berkata ketidaksaksamaan antara generasi, tidak boleh dibenarkan meluas dan diperbesar.

“Menerusi wakaf, sebagai jentera bagi mereka yang mempunyai kedudukan untuk secara sukarela memberikan kembali dan melabur semula dalam masyarakat, dapat membantu menggalakkan mobiliti sosial dan membendung kitaran ketidaksaksamaan itu.

“Sebagai satu mekanisme interpersonal untuk pelaburan sosial yang mampan, wakaf dapat menyumbang secara berkesan kepada masyarakat secara lebih adil,” katanya dalam ucaptama pada Forum “Wakaf: Perspektif Ekonomi” di sini hari ini.

Dalam memanfaatkan potensi penuh wakaf sebagai platform untuk kewangan sosial Islam, Marzunisham mengemukakan tiga strategi yang boleh diteroka, termasuk meluaskan aset wakaf dan kegunaannya, selain membetulkan persepsi wakaf.

“Antara salah faham terbesar ialah penggunaannya. Waqf adalah untuk memberi manfaat kepada semua. Walaupun wakaf secara tradisionanyal digunakan untuk membina masjid, tanah perkuburan atau sekolah tahfiz, tiada dalam Quran atau Hadith yang melarang penggunaan wakaf secara lebih luas bagi memenuhi keperluan masyarakat. Malah, tidak ada syarat bagi waqif atau penderma dan penerima wakaf mesti seorang Islam.

“Ada contoh dari peradaban Islam masa lepas bahawa penggunaan wakaf diperluas melepasi aspek yang secara langsung berkaitan dengan agama dan keperluan khusus umat Islam. Tanah dan bangunan wakaf digunakan untuk membina sekolah, hospital dan infrastruktur untuk memberi manfaat kepada kedua-dua umat Islam dan bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata terdapat kira-kira 300 kilometer persegi tanah wakaf di Malaysia sehingga kini, atau seluas pulau utama Langkawi, dengan sebahagian besar tanah masih belum dimajukan.

“Mengehadkan wakaf hanya meliputi tanah dan harta tak alih merupakan satu lagi salah tanggapan. Dengan munculnya interpretasi kontemporari peraturan Fekah dan kewangan Islam, ada teknik baharu yang boleh menyuntik kehidupan baharu ke dalam wakaf.

“Salah satu konsep itu ialah wakaf tunai iaitu wakaf aset cair yang memberikan pulangan yang boleh digunakan untuk memenuhi objektif yang dimaksudkan dalam piagam wakaf,” katanya.

Untuk itu, Marzunisham mengalu-alukan inisiatif Dana Wakaf oleh Persatuan Bank-bank Islam di Malaysia (AIBIM) di mana enam bank Islam telah berkerjasama dengan 10 Majlis Agama Islam Negeri untuk menyediakan saluran bagi mengumpul dan mengurus wakaf tunai secara lebih teratur dan berstruktur.

“Strategi kedua adalah untuk memastikan kita mencapai matlamat kesaksamaan sosial dan kecekapan ekonomi dalam melaksanakan projek wakaf,” katanya.


Walaupun projek yang dibangunkan daripada hasil wakaf wajar memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan, Marzunisham berkata mekanisme pasaran boleh diaplikasikan bagi mengurus sumber terhad ini.

Oleh sebab wakaf bermatlamat menjana keuntungan untuk dinikmati generasi akan datang, beliau berkata operasi dana dari aspek komersial akan membolehkannya dilaburkan dan diuruskan dengan cara yang memastikan pengekalan modal.

“Mengutamakan kecekapan ekonomi dapat membantu mengukuhkan kedudukan wakaf untuk melaksanakan objektif kesaksamaan sosial dengan berkesan,” katanya.

Ketiganya adalah untuk memodenkan pengurusan wakaf supaya maju dengan kukuh menerusi ciri dan imej yang lebih moden.

“Dalam aspek ini, saya mengenal pasti dua keutamaan iaitu melantik profesional untuk mengurus amanah wakaf ini dan membangunkan rangka kerja tadbir urus yang betul.

“Pengurusan wakaf mesti dipegang oleh pakar-pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan dan berintegriti tinggi, iaitu mereka yang berkaliber, kompetenl,” katanya.

Beliau juga mencadangkan pihak berkuasa wakaf supaya meneroka perkongsian atau bekerjasama dengan pakar dari sektor swasta untuk mengkomersialkan atau menjana kewangan daripada aset wakaf.

“Secara khususnya, perkongsian dengan institusi kewangan Islam dapat membantu pihak berkuasa wakaf mengembangkan aset wakaf secara produktif berdasarkan kepakaran kewangan yang dimiliki,” katanya. – BERNAMA

Kategori