Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sedia Timbang Status...

LABUAN - Kementerian Pengangkutan akan memberi status antarabangsa kepada Lapangan Terbang Labuan (LTL)...

Boleh Ke Sekolah Berpakaian...

KUALA LUMPUR - Murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai...

Ustaz Azhar Idrus Terlibat...

JIKA sebelum ini, hanya ahli politik dan selebriti terkenal sahaja yang sering kali...

Video ‘Serangan’ Fareeda: Fizo...

SEJAK insiden video serangan tudung Fareeda menjadi viral di media sosial, pengacara Fizo...

Wajibkan Pengawasan Tetap Tangani Projek PR1MA Terbengkalai

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewajibkan aspek pengawasan tetap bagi menangani masalah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang terbengkalai.

Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata kebanyakan projek perumahan PR1MA yang terbengkalai dipercayai berpunca daripada aspek pengawasan longgar daripada pegawai pemantau bertugas.

“Dalam projek perumahan memang konsultan (jurutera dan arkitek) perlu selalu pantau kemajuan projek, tetapi apabila projek perumahan ini diberi terus kepada kontraktor aspek pengawasan tetap ini tidak begitu dititikberatkan.

“Perkara ini akan dibincangkan di peringkat kementerian dalam usaha mewajibkan aspek pengawasan tetap ini dilaksanakan dalam apa jua keadaan bagi memastikan masalah projek perumahan terbengkalai dapat diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2018 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.


Katanya projek perumahan terbengkalai juga mempunyai kecacatan dan akan menimbulkan masalah kepada penghuni yang bakal menduduki unit-unit perumahan kononnya sudah siap dibina. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PR1MA

Kategori