Wajah Budak Mati Dihayun Atas Buaian Oleh Ibu, Didedahkan

Maryland – Inilah wajah kanak-kanak yang telah meninggal dunia dan mayatnya ditemui di atas buaian sambil dihayun oleh ibunya beberapa hari lalu di sebuah taman permainan.

Kanak-kanak itu dikenali sebagai Ji-Aire, berusia tiga tahun. Dia menetap bersama ibunya, Romechia Simms.

Beberapa hari sebelum kematian Ji-Aire, bapanya, James Lee telah mengemukakan permohonan di mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan penuh ke atas anaknya itu kerana bimbang dengan masalah mental yang dialami oleh Simms.

Namun mahkamah menolak permohonan itu dengan alasan Simms masih layak untuk menjaga anaknya.

“Saya mempunyai rumah yang stabil untuk Ji-Aire membesar. Nampaknya hakim tidak memberikan perhatian terhadap keadaan Simms,’’ kata Lee yang nyata kecewa dengan keputusan mahkamah itu.

Selepas perbicaraan hak penjagaan ke atas Ji-Aire selesai, Simms membawa anaknya itu menetap bersama ibunya di sebuah motel.

kid

Bagaimanapun tidak lama kemudian Simms menghubungi Lee meminta dia mengambil Ji-Aire kerana berlaku masalah, tetapi Simms tidak lagi menjawab panggilan telefon Lee.

Dalam pada itu, polis memaklumkan bedah siasat ke atas mayat Ji-Aire telah selesai dan kematiannya kini masih disiasat. Punca kematian kanak-kanak berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan.

Menurut polis, Simms dipercayai berada di taman permainan itu bersama dengan anaknya semalaman.

Polis hanya mengesan kejadian itu selepas menerima laporan daripada penduduk setempat selepas wanita itu menghayun anaknya terlalu lama di atas buaian.

Mayat Ji-Aire ditemui pada pukul 6.55 pagi di atas buaian.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=PX0qbr17ELU

Loading...