Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hujan, Air Pasang Besar...

SIBU - Hujan lebat pada sebelah pagi dan air pasang besar menyebabkan beberapa...

Polis Temui Pistol Dalam...

Pastinya, setiap individu yang ditahan akan diperiksa sebelum dimasukkan ke dalam sel, namun...

Elly Bengang, Azmi Tuduh...

PEMINAT hiburan tempatan pastinya sedia maklum mengenai krisis rumah tangga yang melanda penyanyi...

Aisyah: Muslimah Terhebat Sepanjang...

SAIDATINA Aisyah binti Abu Bakar; contoh terbaik ‘beauty with brain’. Digelar al-Humaira yang bermaksud...

Virus Zika: Pemeriksaan & Kawalan Di LTSAS

IPOH – Kerajaan Perak akan menjalankan pemeriksaan dan kawalan di kesemua pintu masuk khususnya di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini, bagi menangani penularan virus Zika di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata pihaknya melalui Exco kerajaan negeri akan memaklumkan kepada Pengarah Kesihatan Perak bagi mengadakan perbincangan dengan pihak LTSAS.

“Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri bagi membuat pemantauan.

“Ia bertujuan bagi memantau penularan virus Zika di kawasan lapangan terbang, tambahan pula kita mempunyai penerbangan terus dari Singapura ke Ipoh,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam hari ini, mengumumkan Malaysia mencatat kes virus Zika pertama apabila seorang wanita dari Klang, Selangor disahkan positif dijangkiti virus tersebut selepas pulang dari Singapura.

Beliau berkata wanita berusia 58 itu yang menetap di Taman Botanic, Klang telah datang mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang selepas mula mendapat gejala ruam, seminggu selepas pulang dari negara jiran terbabit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori