Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Letupan Bot: Isteri Hampir...

LUMUT - Seorang isteri hampir pengsan selepas menerima berita mengenai suaminya antara lapan...

Dakwa Rayer Hina UMNO,...

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada sesi petang kecoh seketika apabila Ahmad Tarmizi Sulaiman...

Kerajaan Belum Lulus Vaksin...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum meluluskan vaksin denggi pertama di dunia untuk digunakan...

JAIPs Susun Atur Penarafan...

PADANG BESAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) sedang meyusun...

Vietnam Jadi Saksi Jika Perampas Didakwa Di Malaysia – APMM

PUTRAJAYA – Pihak Vietnam sedia untuk menjadi saksi sekiranya dakwaan ke atas perampas kapal tangki MT Orkim Harmony dijalankan di negara ini, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata keputusan sama ada kelapan-lapan suspek itu yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Vietnam akan diekstradisi ke Malaysia, dijangka diketahui dalam tempoh tiga atau empat hari lagi.

Beliau berkata lima pegawai kanan APMM yang diketuai Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar kini berada di Hanoi bagi menguruskan keperluan berhubung perkara tersebut.

“APMM secepat mungkin mahu membawa suspek ke Malaysia, tetapi pendirian Vietnam perlu diambil pertimbangan kerana mereka juga mahu membuat siasatan dengan melihat data kelapan-lapan suspek.

“Vietnam mahu lihat sama ada suspek terlibat dengan jenayah terdahulu kerana negara itu mempunyai rekod rompakan di laut,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bersama warga APMM di sini malam tadi.

Ahmad Puzi berkata kerjasama membabitkan anggota ASEAN khususnya Vietnam, Indonesia, Filipina, Singapura serta negara serantau seperti Australia amat diperlukan khusus berkaitan aspek yang tidak dimiliki Malaysia.

Beliau berkata Kuala Lumpur dan Hanoi sememangnya bekerjasama rapat dan mahu meletakkan landasan yang betul dalam menjalankan siasatan berhubung kes rompakan kapal itu.


“Kerjasama dengan rakan kita khususnya pengawal pantai Hanoi nampaknya telah dapat dilaksanakan seperti bertukar-tukar maklumat siasatan yang telah kita laksanakan di negara ini dan sebaliknya,” katanya.

Mengenai alat komunikasi yang ditemukan daripada suspek ketika mereka ditahan, beliau berkata APMM kini giat menganalisis data daripada 27 telefon bimbit yang dijumpai untuk diselaras dengan maklumat sedia ada bagi mengetahui sama ada kelapan-lapan suspek mempunyai kaitan dengan kes rompakan di laut sebelum ini.

“Kita mahu melihat siapa sebenarnya dalang bagi segala aktiviti rompakan di perairan kita dan siapa yang membiayai usaha ini,” jelas Ahmad Puzi.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada pukul 8.57 malam pada 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Lapan suspek kemudiannya ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam pada 19 Jun. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori