Video Santai: Tabiat Biasa Yang Menjadikan Kita Satu Malaysia

MALAYSIA sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang harmoni di mana rakyat berbilang kaum dan agama hidup di bawah satu ‘bumbung’, saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Selain itu, keunikan negara kita juga terletak pada kepelbagaian masakan popular yang digemari seluruh rakyat Malaysia dan juga pelancong asing.

Antara masakan yang mendapat perhatian dunia ialah Laksa Sarawak, Char Kuey Teow, Nasi Lemak dan sebagainya.

Di sebalik semua keindahan itu, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali ada tabiat atau perangai mereka tersendiri dan perkara ini sudah menjadi kebiasaan kepada kebanyakan daripada kita untuk melakukannya.

Contohnya seperti sering mengungkapkan ayat ‘on the way’ sekiranya sudah menetapkan temu janji bersama rakan-rakan, suka ‘double’ parkir ataupun parkir di mana-mana sahaja yang ada ruang kosong dan gemar melepak di kedai mamak yang kebanyakannya dibuka 24 jam.

Jom saksikan! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: AUDREY LEE

 

Leave a Reply